ARTIKEL

Bintangor lubuk buah tin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Kejayaan Yumegro Ecofarm Sdn Bhd mengeluarkan buah tin atau ficus carica membuktikan potensi besar daerah ini sebagai pengeluar tanaman yang berasal dari Asia Barat itu.

Adun Meradong Datuk Ding Koung Hiing berkata, kejayaan syarikat terbabit membuktikan tidak ada yang mustahil jika sesuatu itu diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Malah langkah proaktif Yumegro katanya, memperkenalkan konsep dua dalam satu berjaya mempromosikan nama Bintangor dalam industri berasaskan agropertanian.

“Yumegro bukan sahaja mampu memasarkan buah ini ke luar negara, tetapi juga membuka pintu bagi kepada orang luar untuk berkunjung ke ladang itu dan berpeluang melihat sendiri tanaman berkenaan.

“Bagi saya, ini satu usaha yang perlu dicontohi oleh semua pihak. Tanaman buah tin masih baharu di daerah ini yang semakin mendapat permintaan di pasaran tempatan mahupun luar negara.

“Saya difahamkan harganya mampu mencecah RM80 sekilogram,” katanya sejurus selesai menyempurnakan upacara perasmian Yumegro Ecofarm Sdn. Bhd di Kampung Menyelang, Bintangor, semalam.

Koung Hiing berkata, kepelbagaian industri asas tani yang kini giat diusahakan penduduk tempatan mampu berkembang dan dinaik taraf kepada dwi fungsi.

Selain memfokus penghasilan produk katanya, ia juga boleh dipelbagaikan termasuk melonjak potensi Bintangor dalam sektor agropertanian.

“Konsep agropelancongan yang berasaskan ladang atau pertanian berpusat merupakan sesuatu yang amat menarik, malah mampu mengangkat imej negara.

Saya mengambil contoh Thailand,” jelasnya. Beliau berkata, sektor perladangan moden berpotensi besar untuk dikembangkan di Bintangor dan Sarikei berikutan tanahnya yang subur selain kedudukan geografinya strategik.

Malah katanya, sektor berkenaan mampu diperkasakan melalui pelbagai pendekatan sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat jika dimanfaatkan sepenuhnya.

“Walaupun sudah lama wujud, namun potensinya perlu digilapmelalui pendekatan yang lebih moden dan tersusun.

Ia selaras dengan matlamat untuk menjadikan Sarikei sebagai pengeluar makanan di wilayah tengah Sarawak.

“Langkah proaktif kerajaan memperkasakan sektor pertanian perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Sarikei.

Usaha ini selaras dengan jolokan kawasan ini sebagai ‘pengeluar makanan’ seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Sektor pertanian Sarawak menyumbang sebanyak RM16.5 bilion atau 12.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak pada 2018. Jumlah itu, dijangka terus berkembang dan meningkat, selari dengan sasaran Sarawak untuk menjadi pengeksport utama menjelang 2030.

Hadir sama Pengurus Ladang Yumegro Ecofarm Sdn. Bhd., Desmond Wong.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha