ARTIKEL

Majang menyertai upacara miring pada Program Ngerandang Jalai Gawai Dayak 2025 di perkarangan Dewan Suarah Bintulu.

Bintulu berpotensi destinasi pelancongan budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Ngerandang Jalai Gawai Dayak Bintulu 2025 bukan sahaja mencerminkan perpaduan masyarakat berbilang kaum, malah turut memperkukuh potensi Bintulu sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik di Sarawak.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata, warisan budaya seperti perarakan Ngerandang Jalai wajar diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa sebagai produk pelancongan bernilai tinggi.

Majang bersalaman dengan kontinjen persatuan yang menyertai Program Ngerandang Jalai Gawai Dayak 2025.
Majang mengetuai perarakan Ngerandang Jalai Gawai Dayak 2025 di perkarangan Dewan Suarah Bintulu.

“Perarakan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Gawai, tetapi juga mampu menarik pelancong untuk mengenali keunikan budaya kita.

“Bintulu memiliki semua elemen seperti kepelbagaian kaum, keaslian budaya dan semangat kebersamaan untuk menjadi destinasi pelancongan budaya utama,” katanya semasa merasmikan program berkenaan di Dewan Suarah Bintulu, pada Sabtu.

Thwaites menyampaikan cenderahati kepada Majang.
Majang merakam gambar bersama sebahagian kontinjen yang menyertai Program Ngerandang Jalai Gawai Dayak 2025.

Lebih 1,000 peserta daripada 17 kontinjen mewakili NGO, persatuan, agensi, dan jabatan kerajaan sekitar Bintulu menyertai perarakan sejauh tiga kilometer mengelilingi bandar, lengkap dengan pakaian tradisional dan persembahan kebudayaan dalam suasana penuh harmoni.

Majang, yang juga ADUN Samalaju, turut menyeru agar program sebegini dimanfaatkan sebagai peluang ekonomi, khususnya kepada pengusaha inap desa, kraftangan, makanan tradisional dan peniaga kecil tempatan.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Program merangkap Pengerusi Persatuan Pembangunan Dayak (Bangun) Bintulu, Thwaites Langak berkata, program ini merupakan antara pengisian utama Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 23 Mei.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha