ARTIKEL

Iskandar menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Dart Terbuka Bintulu 2024 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Baru dengan kerjasama Ezy Darters Bintulu.

Bintulu berpotensi jadi pusat sukan dart dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bintulu berpotensi menjadi pusat acara sukan dart bertaraf antarabangsa.

Ini berikutan kejayaan sebagai venue untuk acara Muaythai dan Sepak Takraw dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, baru-baru ini.

ADUN Jepak Iskandar Turkee, berkata kejayaan ini memberikan asas kukuh untuk Bintulu berkembang menjadi hub sukan dart di masa akan datang.

Malah, beliau juga percaya bahawa kejayaan Bintulu dalam menarik peserta dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Kuala Lumpur, dan Brunei, adalah petanda positif.

“Pertandingan ini membuktikan bahawa Bintulu mampu menarik penyertaan bukan sahaja dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Kuala Lumpur, malah penyertaan dari Brunei juga turut menyerikan acara ini,”katanya.

Iskandar berkata demikian semasa berucap menyempurnakan acara penutupan Pertandingan Dart Terbuka Bintulu 2024 di salah sebuah hotel terkenal, di sini, malam tadi.

Pertandingan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Baru dengan kerjasama Ezy Darters Bintulu ini menyaksikan penyertaan sebanyak 120 pasukan dari Brunei Darussalam, Labuan, Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Beliau berharap agar kelab dart tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama dalam menganjurkan pertandingan dart yang lebih besar di masa hadapan.

Iskandar merakam gambar bersama pemenang Pertandingan Dart Terbuka Bintulu 2024 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Baru dengan kerjasama Ezy Darters Bintulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU