ARTIKEL

Johnny Pang berucap merasmikan penutupan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bintulu ke-30 (Piala Cabaran BDA) di Kelab Golf Bintulu pada Ahad.

Bintulu sasar jadi destinasi golf terkemuka rantau ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kelab Golf Bintulu bakal mengalami transformasi menyeluruh menerusi projek naik taraf bernilai RM21.8 juta, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai hab pembangunan sukan dan destinasi pelancongan sukan utama di Sarawak.

Presiden Kelab Golf Bintulu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek berkenaan kini dalam fasa reka bentuk dengan pelantikan arkitek dan perunding telah pun dimuktamadkan.

Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026.

“Projek ini merupakan langkah strategik untuk mengangkat Kelab Golf Bintulu sebagai pusat kecemerlangan sukan serta penglibatan komuniti, selain menempatkan Bintulu sebagai salah satu destinasi golf terkemuka di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bintulu ke-30 (Piala Cabaran BDA) di kelab tersebut pada Ahad.

Menurut Johnny Pang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, projek naik taraf tersebut merangkumi pembangunan semula bangunan kelab, pembinaan ruang latihan moden, penyediaan fasiliti komuniti serta kemudahan mesra belia dan keluarga.

“Dengan peningkatan kemudahan sedia ada, projek ini bukan sahaja memenuhi keperluan pemain tempatan, malah mampu menarik lebih ramai penyertaan dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan pelaburan ini sebagai inisiatif jangka panjang yang berpotensi melonjakkan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan sukan di samping memperkukuh pembangunan modal insan.

“Transformasi infrastruktur sebegini penting untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi di Bintulu, di samping memberi peluang kepada golongan belia melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan berprestij seperti golf,” katanya lagi.

Jelasnya, pendedahan awal kepada sukan golf menerusi fasiliti bertaraf tinggi berupaya melahirkan atlet muda berkaliber yang mampu mewakili Bintulu dan negara di pentas antarabangsa.

“Dengan sokongan berterusan dan infrastruktur yang bersesuaian, saya yakin bakat tempatan mampu digilap dan diketengahkan hingga ke persada dunia,” tegasnya.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU