ARTIKEL

GAGAH… Pahlawan Bidayuh turun berarak di sepanjang Kampung Taee.

Birarak Gawai Kampung Taee meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Lebih 1,000 pengunjung hadir dalam acara Birarak Hari Gawai di Kampung Taee, hari ini.

Pengerusi penganjur, George Oscar berkata, beliau dan penduduk kampung amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke program penuh tradisi ini.

“Kita amat berterima kasih kepada mereka yang sudi jadikan perarakan Gawai Kampung Taee sebagai sebahagian daripada jadual pelancongan mereka.

“Acara ini bukan sekadar perarakan kerana turut mempamerkan seni, budaya, tarian dan muzik masyarakat Bidayuh,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Pelancong dari Jerman, Alex Maxa berkata acara ini merupakan satu pengenalan kepada pelawat tentang cara sambutan perayaan masyarakat di sini.

“Ia amat berbeza dengan budaya di Eropah, penduduk di sini sangat ramah dan mengalu-alukan pengunjung untuk merasai budaya mereka.

“Bagi saya, pendekatan ini membuatkan saya rasa tidak terasing dan seolah-olah seperti pulang ke kampung menemui keluarga,” ujarnya.

Penduduk Kampung Taee, Japar Nyawig berkata, Birarak ini merupakan acara tradisi di sini dan diadakan setiap tahun menjelang Gawai.

“Program ini sememangnya menarik ramai pengunjung baik dari dalam negara mahupun pelancong luar negara.

“Perarakan ini merupakan satu tradisi yang amat kami banggakan sebagai penduduk kerana ia secara tidak langsung memperkenalkan Kampung Taee dalam peta dunia,” katanya.

Sepanjang acara itu, pengunjung dihidangkan dengan makanan tradisional yang dimasak sendiri oleh penduduk kampung.

Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk turut serta berarak bersama-sama penduduk mengelilingi seluruh kampung sejauh 2 kilometer.

Perarakan juga meriah dengan penyertaan penduduk yang mengenakan busana tradisional dengan pelbagai warna sambil menari.

KAGUM… antara pengunjung dari Eropah yang turut serta dalam perarakan Gawai.
WARNA WARNI… penduduk tempatan berpakaian tradisional memenuhi jalan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha