ARTIKEL

Ibu bapa Rhea Moh menerima cek sumbangan daripada BMC Miri.

BMC Miri sedia pembedahan bagi bayi 11 bulan dengan masalah pendengaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Nasib bayi berusia 11 bulan, Rhea Moh Ning Xuan, yang mengalami masalah pendengaran bakal berubah.

Borneo Medical Centre (BMC) Miri secara sukarela telah menyediakan tempat untuk pembedahan dan penjagaan bagi bayi tersebut.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata ia dilaksanakan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hospital berkenaan.

“Ini merupakan formula unik yang berjaya untuk Sarawak apabila pusat perubatan swasta menyumbang ke arah CSR untuk manfaat rakyat.

“Dengan pembedahan dijadualkan berlangsung pada 22 Disember ini, Persatuan Implan Koklear Bandar Miri (MCCIS) berjaya menyelesaikan misinya untuk membantu bayi tersebut dalam masa kurang daripada sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong, pada sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan bahawa kempen pengumpulan dana bagi membantu bayi tersebut telah mencecah sebanyak RM87,759.60, iaitu melebihi sasaran asal sebanyak RM55,000.

Sehubungan itu, katanya, lebihan dana daripada kempen itu akan digunakan untuk keperluan perubatan Rhea pada masa akan datang.

Sementara itu, BMC Miri turut menyumbang sebanyak RM20,000 daripada Tabung Bantuan Perubatannya bagi menampung kos pembedahan implan koklear Rhea.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat