ARTIKEL

BMX turun bukit berpotensi di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUKAN berbasikal BMX turun bukit yang masih baru diperkenal di Sarawak memberi peluang yang cerah kepada belia di negeri ini untuk berkecimpung dalam arena sukan berbasikal lasak.

Jurulatih BMX Turun Bukit Sukma, Muhammad Aim Mohamad Fauzi berkata, beliau baru setahun melatih atlet di negeri ini dapat melihat sukan lasak mempunyai peluang cerah untuk dimajukan serta menjadi sukan pilihan belia di Sarawak.

“Sukan lasak ini akan memberi banyak peluang kepada peminat sukan berbasikal untuk menyerlahkan bakat mereka lebih-lebih lagi anak muda. “Sukan ini juga mempunyai peluang yang cerah, tetapi memerlukan masa dan program berterusan bagi mengasah bakat-bakat baharu,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau, Sarawak mempunyai kekuatan tersendiri untuk melakar kemenangan di peringkat kebangsaan dengan menerima sokongan yang amat menggalakkan daripada Kerajaan Negeri.

Jelasnya, mereka banyak mendapat sokongan serta bantuan daripada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) dengan mengadakan pelbagai program pertandingan, bantuan makanan tambahan atlet, pusat gimnasium dan pusat latihan.

“Setakat ini kita telah memilih tiga orang atlet yang layak mewakili Sarawak ke Sukma Johor, selain melatih sekitar 12 atlet pelapis. “Sekarang ini belum ada atlet Sarawak yang mewakili skuad kebangsaan untuk kategori BMX turun bukit kerana kita masih baharu dan dalam proses melahirkan atlet berpotensi,” katanya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan