ARTIKEL

BNM, Bank Indonesia perkukuh kerjasama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) memeterai memorandum persefahaman (MOU) baharu bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara keduadua bank pusat itu.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak memaklumkan MOU berkenaan menyediakan platform komprehensif untuk memandu kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan perbankan pusat.

Ia termasuk dasar monetari, kestabilan kewangan dan dasar kehematan makro, sistem pembayaran dan pendigitalan, pembangunan sektor kewangan, inisiatif pembangunan keupayaan, perkongsian maklumat dan bidang lain.

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata MOU itu meneguhkan lagi hubungan kerjasama yang berterusan antara BNM dan BI.

“MOU ini turut menekankan komitmen bersama kami untuk memperdalam kerjasama dalam bidang perbankan pusat yang sedia ada, dan pada masa yang sama memperluas kerjasama dalam bidang kepentingan bersama yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Gabenor BI Perry Warjiyo berkata MOU tersebut meneguhkan lagi hubungan kerjasama yang berterusan antara BI dan BNM, dan bukan sekadar komitmen simbolik.

“Ia mencerminkan semangat yang berkekalan untuk memperkukuh hubungan institusi dan memperdalam kerjasama dua hala antara dua bank pusat ini, khususnya dalam persekitaran geopolitik semasa yang mencabar,” kata beliau.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeteraian MOU ini membuka lembaran baharu ke arah kerjasama yang lebih kukuh dan bersepadu antara BNM dengan BI. Kedua-dua bank pusat mengalu-alukan kerjasama berterusan ini dalam bidang-bidang yang dipersetujui bersama demi ekonomi kedua-dua negara yang lebih sejahtera. – Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi