ARTIKEL

BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus pada mesyuarat Khamis ini – OCBC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini berikutan persekitaran momentum pertumbuhan yang perlahan serta mengurangkan tekanan inflasi.

Dalam nota tinjauannya semalam, bank tersebut berkata pendirian tersebut juga berdasarkan data aktiviti kemasukan yang kurang memberangsangkan sejak 3 Mei lepas apabila BNM membuat kejutan dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas (bps) yang memaparkan momentum pertumbuhan lebih perlahan dalam suku kedua 2023 dan bagi membendung tekanan inflasi.

“Atas alasan itu, kami mengandaikan 70 peratus kemungkinan untuk BNM mengekalkan kadar OPR dalam mesyuarat itu serta kebarangkalian sebanyak 30 peratus membabitkan kenaikan 25 bps untuk kali kedua berturut-turut,” katanya.

OCBC berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan itu.

Menurutnya, inflasi teras misalnya berkurangan berbanding inflasi keseluruhan namun hala tuju sedia ada menunjukkan tekanan inflasi berkenaan semakin mereda.

“Impak lebih besar terhadap inflasi itu berkemungkinan daripada subsidi bahan api bersasar yang masih dibincangkan sekarang.

“Berikutan itu, pada pandangan kami, risiko terhadap langkah tambahan mengetatkan dasar akan meningkat secara ketara jika tekanan inflasi terus meningkat akibat pelaksanaan subsidi bahan api bersasar,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan