ARTIKEL

BNM sasar pembiayaan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyasarkan sekurang-kurangnya separuh daripada pembiayaan baharu oleh bank-bank akan diselaras dengan sokongan iklim atau aktiviti peralihan sebagaimana ditetapkan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan Malaysia (PISK) 2022-2026.

Gabenor Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata pada masa sama, bank pusat itu akan terus menyediakan persekitaran dasar yang memudahkan industri memajukan inovasi kewangan dan meninjau struktur kewangan baharu yang diperlukan dalam memenuhi keperluan pembiayaan bagi mitigasi serta aspek penyesuaian terhadap risiko iklim.

“BNM telah memulakan usaha melakukan semakan menyeluruh terhadap peraturan sedia ada bagi memastikan risiko iklim ini diambil kira dengan sewajarnya dan diintegrasikan secara baik ke dalam rangka kerja pengawalseliaan kami,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada acara dwitahunan Persidangan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) bertemakan ‘Journey to Zero’ di sini.

Menjelaskan selanjutnya, Abdul Rasheed berkata langkah tersebut bagi memastikan industri terbabit kekal berdaya tahan terhadap faktor iklim selain dapat menyumbang secara berkesan bagi menyokong peralihan ekonomi.

Beliau berkata, BNM juga mengambil maklum mengenai cabaran yang mungkin dihadapi oleh institusi kewangan dalam mengimbangi impak tersebut.

“Risiko konsentrasi misalnya boleh meningkatkan pembiayaan hijau serta peralihan dan institusi kewangan perlu memahami dengan sewajarnya dan menguruskan risiko tersebut dengan betul,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan bahawa sebarang pelarasan terhadap standard atau piawaian perlu mengambil kira perlindungan yang wajar bagi memastikan risiko yang ditangani itu dapat diurus sebaik mungkin.

“Sejajar usaha institusi kewangan melaksanakan lebih banyak langkah konkrit dalam tindakan berkaitan iklim, aspek pengurusan perdagangan dalam merangka pelan peralihan berwibawa dan memperuntukkan modal selari dengan trajektori sifar bersih akan menjadi penting,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil