ARTIKEL

PENGERUSI...Azwan Hafiz Mohammad.

BOLA SEPAK VETERAN MIRI 2026: Hadiah Wang Tunai Keseluruhan RM19,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kemeriahan menyelubungi pemain berstatus veteran menjelang Kejohanan Bola Sepak Veteran Miri yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Februari 2026.

Kejohanan berprestij anjuran Hannah Restaurant & Catering selama tiga hari itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM19,000 kepada tiga pasukan teratas.

AKAN BERLANGSUNG….Poster mini kejohanan.

Pengerusi Kejohanan Bersama, Azwan Hafiz Mohammad, menyatakan pasukan juara akan membawa pulang wang tunai RM10,000 di samping piala dan pingat.

Pasukan naib juara pula akan menerima RM5,000, piala dan pingat.

Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan masing-masing mendapat RM2,000, piala dan pingat sebagai pemenang tempat ketiga bersama.

“Kami juga menyediakan hadiah wang tunai RM100 untuk Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah dipilih sebagai gelanggang rasmi kejohanan tersebut.

“Pihak penganjur menyeru semua pasukan yang berminat untuk menyertainya.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Shah Izuandi Mahdi di talian 010-5696935.

“Kami menghadkan penyertaan kepada 20 pasukan sahaja dengan tarikh tutup pendaftaran pada 25 Januari 2026. Pasukan yang berminat disarankan mendaftar dengan segera,” tambah Azwan.

Yuran pendaftaran ditetapkan pada RM1,800 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM800 untuk tempahan slot.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.