ASAJAYA: Usaha menggalakkan golongan individu berstatus veteran kembali aktif bersukan terus diperkasa.
Ranting PBB Moyan Ulu, Wanita, Pemuda dan Belia Moyan Ulu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Moyan Ulu Lot, Asajaya menganjur Kejohanan Bola Sepak Veteran PBB N.15 dan Jemputan Asajaya Edisi ketiga 2026.
Pengerusi kejohanan, Zaimie Putit memberitahu, kejohanan terbabit dijadualkan bermula pada 29 November ini di padang bola sepak Kampung Moyan Ulu, Asajaya.
Menurut Zaimie, hadiah cukup lumayan menanti kelompok tiga pasukan terbaik untuk penganjuran edisi kali ini.
“Edisi ketiga kembali lagi menemui pemain berstatus veteran.
“Kita menyeru dan mengalu-alukan pasukan berminat menyertai kejohanan kali ini,” ujar Zaimie kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian 018-7810078.
Tegas Zaimie, hadiah wang tunai lumayan menanti tiga kelompok pasukan terbaik.
Sang juara akan menerima wang tunai RM2,500 beserta piala dan pingat.
Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,500, piala dan pingat.
“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM700, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah Zaimie.
Sambil itu, beliau menyatakan pelbagai hadiah menarik menanti orang ramai untuk cabutan bertuah.
Jelasnya, yuran pendaftaran RM350 untuk setiap pasukan yang ingin turut serta.


