Boleh dan tidak boleh?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KENAPA kakak boleh, adik pula tidak boleh?

Antara dialog yang sering kita dengar melibatkan antara dua beradik.

Biasanya dialog ini diucapkan sama ada oleh si kakak, si abang atau si adik apabila dilarang oleh bapa atau ibu dalam membuat sesuatu perkara.

Persoalannya mengapa “boleh” dan “tidak boleh”?

Payah sebenarnya untuk menjawab pertanyaan si anak apabila diajukan soalan sedemikian.

Mungkin pertanyaan si anak, “Ayah, mengapa kakak boleh main handphone, adek pula tidak boleh?”

Dan mungkin juga jawapan si bapa: “Kakak bukan main handphone, tetapi belajar secara online.”

Mungkin jelas si bapa lagi, “Adek masih kecil. Jangan salu sangat guna handphone… nanti mata adik sakit”.

Malah akan ada macammacam akan si bapa terangkan.

Biasanya dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami, si anak akan dapat menerima alasan mengapa kakak boleh dan dia tidak boleh.

Dengan demikian, kemudian tiada lagi akan wujud rungutan sedemikian.

Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan rungutan tentang boleh dan tidak boleh.

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian, kita sendiri akan bertindak sedemikian tanpa sedar. Alasannya mungkin pula bermacam-macam. Kadang-kadang hanya disebabkan perkara yang terlalu sangat remeh.

Saya sendiri pernah beberapa kali menyaksikan situasi sebegini iaitu boleh dan tidak boleh.

Cerita saya ini saya kutip daripada pengalaman bersama-sama pasukan menyertai pertandingan sepak takraw dan bola sepak serta futsal sama ada di dalam dewan atau luar dewan.

Ketika membawa dua regu bertanding dalam kejohanan sepak takraw beberapa tahun lepas, tanpa diduga terjadi situasi boleh dan tidak boleh ini.

Ia melibatkan rakan sendiri yang mempersoalkan tindakan pengurus dan jurulatih pasukan, yang juga rakan sendiri dalam menentukan regu yang bermain dalam perlawanan akhir.

Jelas pengurus pasukan, “Pukul 1.30 tengah hari kita akan bermain di peringkat separuh akhir. Alhamdulillah, dua regu kita berentap sesama sendiri dalam peringkat separuh akhir satu.

Jadi saya cadangkan kita berikan ruang kepada regu A, jadi regu B perlu berikan ruang”.

Dalam 10 orang yang ada ketika itu, hanya seorang yang tidak bersetuju.

Tindakannya memang mengejutkan semua orang. Saya panggil dia dengan nama Bro K.

“Ni boleh cam ya! Lawan dolok, baruk tauk sapa bagus pergi final. Sik boleh cam ya!”

Belum sempat pengurus mengulas lanjut, Bro K menyambung, “Aku tetap maok main.

Bukan senang nak sampe semi final tok!” Sembilan lagi rakan termasuk pengurus dan jurulatih berpandangan sesama sendiri.

Ketika itu, kami semua sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan tidak jauh dari dewan pertandingan.

Suasana jadi tegang. Ada yang khusyuk makan, ada yang geleng-geleng kepala tidak percaya.

Pengurus menjelaskan, “Boleh kitak berlawan. Siapa menang masuk final.

Tapi, daripada berlawan sama dirik, bagus kita beri satu regu ke final.

Sik lelah bertarung final. Lawan di final kelak bukan calangcalang regu.

Biar sidak tok fresh main final kelak”. Rakan-rakan lain menganggukanggukkan kepala tanda setuju. Cuma Bro K yang kekal dengan dialog “sik boleh cam ya!”

Pengurus bertanya dan rakan yang lain bersetuju tidak bermain di separuh akhir

. “Beri ruang kepada regu A,” jelas mereka. Sambung pengurus lagi.

“Tidak kira siapa main final, duit kemenangan kelak kita bahagi sama. Sikit sama sikit, banyak pun sama banyak. Sebagai pengurus, kamek buat keputusan regu A main final.

Sik perlu kita bersaing sesama sendiri”. Ini hanya dua cerita yang saya kongsikan untuk memudahkan sedikit pemahaman mengapa ada boleh dan tidak boleh.

Sebenarnya ada banyak lagi situasi yang mungkin anda turut pernah alaminya.

Kadang-kadang, ia berlaku setiap hari. Selain dalam keluarga, ketika bersukan, di sekolah, di institut pengajian tinggi, di pejabat malah ketika bermesyuarat pertubuhan bukan kerajaan pun perkara sedemikian turut wujud.

Dan tanpa sedar, kita juga pernah mengungkapkan dialog yang mungkin hampir serupa — “kenapa dia boleh, saya tidak boleh?”.

Wujudnya ungkapan seperti ini biasanya disebabkan ada beberapa perkara yang memang langsung tidak dapat dielakkan oleh sesiapa sahaja.

Misalnya dalam mesyuarat NGO di kampung atau taman perumahan, mungkin akan ada ahli jawatankuasa berasa tidak puas hati — mengapa ada yang tidak diberikan tugas, sedangkan dirinya ada dua tugas perlu dilaksanakan.

Saya yakin anda pernah mengalami situasi ini.

“Sik alah-alah kamek yang molah kerja tok. Kawan kita sorang ya sik pernah turun pun nolong kerja kita.

Datang nya pun, dah nak abis program.

Uha… uha… uha… lepas ya pulang. Nang pande orang kedak ya… macam nya sorang bekerja”.

Sebaliknya, jika dia diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu program, dia berusaha memastikan semua ahli jawatankuasa hadir.

Jika ada yang mengesahkan tidak hadir, dia akan mula mencoret macam-macam kata di kumpulan WhatsApp.

“Rakan semua, tolong hadir program kita. Sokong program kita.

Saya memang sik ada majikan, tetapi saya ada perniagaan nak diuruskan.

Jika saya boleh ketepikan urusan berniaga, kenapa tidak rakan semua ambil cuti untuk bantu,” terang rakan tadi. Ini yang menyebabkan wujud rungutan, sebab dia tidak faham dengan situasi orang lain.

“Kenak nya boleh, aku pula sik boleh!” Yang pasti akan wujud dialog ini, yang akhirnya hubungan akan tidak lagi harmoni. Jadi, ia memerlukan pemahaman kita sendiri.

Harus difaham ada sebab mengapa seseorang itu boleh berkata boleh dan seseorang lagi berkata tidak boleh!

Kadang-kadang situasi ini boleh menyebabkan ketidaknyamanan di hati dan fikiran.

Seolah-olah wujud rasa ketidakadilan di hati pihak yang dirungut oleh pihak yang merungut. Jika perasaan sedemikian muncul, keharmonian dalam mana-mana kumpulan atau pasukan akan terganggu, terutama bagi mangsa rungutan.

Tidak bagi mereka yang merungut.

Oleh yang demikian, fikirkan dan fahami secara mendalam perasaan orang yang dikatakan “tidak boleh” tadi yang perlu “boleh” melakukan apa-apa yang si perungut tadi buat.

Tanpa ada pemahaman ini, maka akan terucap lagi dialog, “Saya pun boleh melakukan apaapa yang boleh dia lakukan.

Takkan saya tidak boleh sedangkan dia boleh!” 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Lain-lain

Buruh paksa moden

SEKALI-SEKALA media melaporkan pekerja asing, termasuk pembantu rumah di negara

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei