ARTIKEL

Boleh guna tempat parkir ikut keadaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penduduk di sini berpendapat, peniaga boleh menggu- nakan tempat parkir untuk meletakkan meja dan kerusi, tetapi mesti mengikut keadaan atau ke sesuaian.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang bersalah.

Bagi salah seorang penduduk tempatan di sini, Chai Min Hian, 45, ia bergantung kepada keadaan.

“Kalau waktu siang, saya rasa tidak sesuai untuk meletakkan meja dan kerusi di tempat parkir. Tetapi kalau malam, saya rasa tidak ada masalah jika kawasan tersebut kosong,” katanya.

Menurut, Chai Min Hian, apa yang penting ialah para peniaga perlu mengikut saluran yang betul dan tidak melanggar peraturan. Misalnya, meminta kebenaran daripada pihak berkuasa seperti DBKU dan MBKS.

Bagi Justina Tahir, 48, walau apa pun keadaan, peniaga mesti mengikut peraturan.

“Peraturan tetap peraturan… kita tidak boleh berkompromi mengenainya,” tegas Justina.

Manakala Nurul Farhanah, 18, pula menjelaskan ia perlu dikuatkuasakan secepat mungkin di pusat bandar besar seperti Kuching.

“‘Mencuri” tempat letak kereta orang kwam merupakan satu kesalahan.

“Di kawasan Tebingan Kuching misalnya, ramai peniaga melakukan kesalahan ini. Ia hanya menyebabkan pengguna jalan raya sukar untuk mencari tempat parkir,” katanya.

Sementara itu, Ali Zen, 54, berpendapat, setiap peniaga perlu tahu peraturan dan akur terhadap undang-undang yang telah ditetapkan.
“Misalnya mereka perlu bekerjasama dengan pihak DBKU, kerana mereka yang mempunyai kuasa.

“Pihak DBKU juga mengam- bil berat terhadap kami sebagai golongan peniaga. Mereka mem- berikan tempat yang sensual keo- ada kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk di sini, Kalong Rafin, 51, menjelaskan Sibu dan Bintulu bertegas dalam hal ini.

“Berdasarkan pengalaman saya yang telah bertahun-tahun bekerja di Kuching, ada kalanya amat sukar untuk mencari tempat parkir di sini.

“Tetapi kalau di Sibu, mereka amat bertegas dan tidak teragak-agak untuk mengenakan saman kepada peniaga yang didapati ber- salah,” ujarnya.

BERITA LAIN

Seni Warisan Gambus Lebo

Sesebuah bangsa dikenali melalui budaya, adat dan seni yang diwarisi turun-temurun, kerana elemen itulah yang membentuk identiti serta membezakannya daripada bangsa lain. Apabila warisan itu

BERITA TERBARU