ARTIKEL

Boling Padang: Nor Zamziezah-Nur Ain Tamatkan Penantian 18 Tahun, Juarai Kejohanan Di Hong Kong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan penantian 18 tahun apabila gandingan Nor Zamziezah Ahmad dan Nur Ain Nabilah Tarmizi muncul juara acara pairs wanita pada Kejohanan Hong Kong International Bowls Classic 2026, hari ini.

Dalam aksi final, pasangan negara itu menumpaskan gandingan China, Miao Xinhong dan Yu Qiaohan menerusi keputusan 4-6, 11-3, 5-0.

Kejayaan itu adalah yang kedua selepas Malaysia muncul juara buat kali pertama menerusi pasangan handalan negara Siti Zalina Ahmad dan Nor Hashimah Ismail pada edisi 2008.

Kejohanan Hong Kong International Bowls Classic yang dianjurkan sejak 1981 merupakan kejohanan boling padang tertua serta paling berprestij di Asia.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kemenangan selepas 18 tahun itu satu pencapaian amat membanggakan bagi kem boling padang negara.

“Kita ada penyertaan dari England, Scotland, Ireland, Australia, New Zealand dan sebagainya. Jadi, untuk memenangi kejohanan ini ialah satu perkara yang tidak mudah,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU