ARTIKEL

Bomba ambil masa dua jam bersihkan tumpahan asid di sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengambil masa kira-kira dua jam membersihkan tumpahan asid di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tsung Wah di Kuala Kangsar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berlaku tumpahan asid dari sebuah tong berkuantiti 20 liter yang diletakkan dalam stor berhampiran kantin sekolah. Asid yang tertumpah itu didapati telah mengewap semasa guru sekolah tersebut sedang melakukan kerja-kerja mengemas dan membersihkan ruang stor. 

“Anggota bomba memakai pakaian perlindungan diri lengkap melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) untuk mengenal pasti bahan dan tahap kebocoran,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata setelah bahan dikenal pasti, anggota mengeluarkan tong tersebut daripada bilik stor dan meletakkannya di sebuah bilik untuk pelupusan bahan kimia. 

“Anggota kemudiannya membuat pencucian lantai bagi memastikan nyahcemar dilakukan sepenuhnya. Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan asid tersebut,” katanya dan menambah operasi tamat sepenuhnya pada 5.55 petang. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi