SIMANGGANG: Pasukan Alfa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berjaya mengeluarkan cincin yang terlekat pada jari seorang pesakit di Wad Bersalin, malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pasukannya diminta untuk memotong cincin di Hospital Sri Aman II kira-kira 10.08 malam.
“Sebaik tiba, operasi mengeluarkan cincin terus ke dilakukan diketuai PBK II KUP Abang Sarkawi Abang Shubeli menggunakan peralatan khas.
“Cincin berjaya dikeluarkan pada 10.23 malam selepas tempoh masa empat minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, cincin yang berjaya dipotong diserahkan kepada pesakit.
Operasi tamat sekitar 10.40 malam.



