ARTIKEL

Bomba bantu pindah jenazah lelaki mengalami masalah berat badan berlebihan di Sibu Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Satu operasi khas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dijalankan di Taman Pearl Avenue, Sibu Jaya pagi semalam bagi membantu menguruskan pemindahan jenazah seorang lelaki yang mengalami masalah berat badan berlebihan selepas meninggal dunia di kediamannya.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.25 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya ke lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Pasukan operasi yang diketuai PBK II TBK I Mazlan Abu tiba di lokasi lima minit kemudian dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta kenderaan pacuan empat roda Hilux.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk pengesahan kematian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah PGO, keadaan fizikal mangsa yang mengalami masalah berat badan berlebihan itu memerlukan bantuan khas dalam proses pengurusan dan pemindahan jenazah bagi memastikan ia dapat dilakukan dengan selamat serta teratur tanpa sebarang kesulitan di lokasi kejadian.

Sehubungan itu katanya, anggota bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu mengangkat serta mengalihkan jenazah sebelum dimasukkan ke dalam trak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas semua urusan selesai dan keadaan disahkan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.47 pagi, manakala kawalan operasi dilaporkan terkawal sekitar jam 9.00 pagi.

“Operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama antara JBPM, PDRM dan KKM dalam memastikan pengurusan kes berjalan lancar serta terkawal,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke