MISSOURI: Seekor kambing gunung yang terperangkap di bawah jambatan Kansas City berjaya diselamatkan, setelah beberapa cubaan menyelamat yang mencabar.
Menurut laporan AP, kambing yang disyaki dicuri dari ladang sejak dua bulan lalu itu bakal dipertemukan semula dengan pemiliknya.
“Ini adalah cerita yang menawan hati warga Kansas City,” kata Tori Fugate, dari KC Pet Project, sebuah agensi yang mengawal dan menguruskan haiwan terancam di bandar tersebut.
“Lupakan cerita gerhana matahari.
Kami sedang menyelamatkan kambing,” katanya.
Isnin lalu ketika jutaan orang menyaksikan fenomena gerhana matahari, kambing yang bernama Chug dilihat melompatlompat di atas tiang penyangga jambatan.
Seorang pemandu yang kebetulan melihat kambing itu cuba membawa haiwan itu di tempat lebih selamat namun gagal, kata Fugate
Usaha menyelamat kemudian dilakukan oleh anggota bomba dengan cara merangkak di atas tepi jambatan itu, namun haiwan itu terkejut dan melompat ke platform seterusnya.
Difahamkan kambing itu tergelincir dan menyebabkan haiwan itu tergantung dengan tali di lehernya dan tidak bergerak.
“Pasukan bomba bagaimanapun berjaya membawa turun kambing itu pada ketinggian 4.5 meter ke tanah dan mendarat di tempat petugas yang menunggu di bawah,” tambah Fugate.






