ARTIKEL

Bot ekspres Sibu-Kapit kembali beroperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Berikutan Sibu telah dikategorikan sebagai zon hijau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Rabu, operasi bot ekspres untuk perjalanan Sibu-Kapit beroperasi semula semalam.

Perkara ini disahkan oleh Penolong Kontroler Lembaga Sungai Sarawak (LSS) Wilayah II Sibu Hatta Morshidi ketika dihubungi, kelmarin.

Menurutnya, mengikut prosedur operasi standard (SOP), bot ekspres boleh beroperasi untuk perjalanan Sibu-Kapit kerana dua bahagian itu dikategorikan sebagai zon hijau.

“Pengusaha bot ekspres dapat memulakan operasi mereka untuk perjalanan Sibu-Kapit hari ini (semalam),” katanya lagi.

Sebelum ini, operasi bot ekspres Sibu-Kapit dihentikan setelah Sibu dikategorikan zon kuning oleh JPBNS pada dua minggu lepas. Pada Rabu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBNS mengumumkan bahawa Sibu telah dikategorikan sebagai zon hijau setelah tidak mencatatkan kes positif baharu dalam dua minggu ini.

Sebelum Sibu bertukar kepada zon hijau, terdapat pengecualian bahawa hanya bot ekspres yang membawa barang-barang keperluan dibenarkan beroperasi ke Sibu-Kapit.

Begitu juga bot ekspres yang disewa oleh JPBNS untuk menghantar pelajar dari institusi pengajian tinggi balik ke kediaman masing-masing ke Kapit.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha