ARTIKEL

Bot karam di Belawai, empat mangsa ditemui, enam dikhuatiri hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAWAI: Sebuah bot yang dipercayai membawa 10 individu dilaporkan karam berhampiran pantai Belawai petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.11 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis digerakkan ke lokasi.

Difahamkan bot berkenaan membawa 10 mangsa yang kesemuanya warga Indonesia. Bagaimanapun, identiti kesemua mereka masih belum dapat dikenal pasti.
Menurut sumber tidak rasmi, sehingga kini empat mangsa telah berjaya ditemui manakala enam lagi masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan bantuan pelbagai agensi penyelamat.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha