ARTIKEL

KOMUNITI nelayan Kampung Demak Baru Fasa Dua.

Bot pelancongan Sungai Santubong, peluang baharu nelayan Demak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pangkalan Nelayan Sungai Demak mempunyai sejarah tersendiri. Ditubuh pada 1991, pangkalan ini mula dibangunkan sebagai pusat kegiatan nelayan bagi komuniti setempat di kawasan Sungai Demak.

Selain digunakan untuk aktiviti pelancongan seperti lawatan menyusuri sungai dan island hopping, penggunaan bot pelancongan ini turut dioptimumkan untuk aktiviti memancing di sepanjang Sungai Santubong.

Pangkalan tersebut lebih dikenali dengan nama Pangkalan Bangau Botak sempena spesies burung yang ada di habitat Sungai Santubong.

Sejak itu, pangkalan ini menjadi nadi utama aktiviti perikanan penduduk di sekitar Kampung Demak Baru Fasa Dua, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi nelayan tempatan.

Komuniti nelayan Sungai Demak melalui JKKK Kampung Demak Baru Fasa Dua telah dipilih untuk menerima manfaat Projek Sejati Madani, inisiatif kerajaan bagi merancakkan ekonomi kampung dan memperkasakan nelayan, khususnya golongan belia.

Penghulu Junaidi Zainal dan Ketua Aisyah Suni bersama-sama Wan Razi Wan Wahab dan Merah Zulf meyusuri Sungai Santubong menaiki bot baru JKKK.
TEKONG Azrol Mat bersama Nashriq, Zinedine dan Habib baru-baru ini mencuba nasib memancing di Sungai Santubong dan hasilnya tidak mengecewakan.

Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang kepada golongan belia untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan, malah turut menyumbang dana kepada JKKK untuk kegunaan masa hadapan.

Menurut Ketua Kaum Aisyah Suni yang sentiasa proaktif membantu komuniti Nelayan Sungai Demak, melalui dana Sejati Madani, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Demak Baru Fasa Dua berjaya memperoleh tiga buah bot untuk disewakan bagi tujuan pelancongan dan rekreasi.

Ujar beliau, Majlis Peluncuran Bot Pelancongan dan Rekreasi disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Hajah Nancy Shukri di Pangkalan Bangau Botak pada pada 31 Mei lepas.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri mengumumkan kesediaan menyalurkan peruntukan khas RM500,000 bagi pembinaan sebuah jeti baharu.

“Peluncuran bot ini menandakan satu lagi langkah proaktif mempelbagaikan sumber pendapatan penduduk setempat, terutamanya komuniti nelayan, dengan memberi mereka peluang untuk terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan dan rekreasi maritim.”

“Pada majlis tersebut juga, Nancy mengumumkan kesediaan menyalurkan peruntukan khas RM500,000 bagi pembinaan sebuah jeti baharu di lokasi tersebut.”

Ujar Aisyah lagi, jeti merupakan kemudahan infrastruktur asas yang sangat penting bagi komuniti nelayan di Demak Baru. Ia bukan sekadar tempat untuk melabuhkan bot, malah menjadi nadi operasi harian dan sumber ekonomi nelayan.

PERLU DIBINA JETI YANG KUKUH DAN SELAMAT

“Jeti yang kukuh dan selamat memudahkan kerja menaikkan hasil laut, mengambil penumpang seperti pelancong dan pemancing, serta memunggah peralatan, bahan api dan bekalan.

Ketiadaan jeti menyukarkan aktiviti bot pelancongan dan rekreasi, terutamanya semasa air surut, kerana pelancong dan pemancing sukar untuk naik dan turun bot dengan selamat.

“Ketiadaan jeti menyukarkan aktiviti bot pelancongan dan rekreasi, terutamanya semasa air surut, kerana pelancong dan pemancing sukar untuk naik dan turun bot dengan selamat.

“Kami berharap kelulusan pembinaan jeti dapat disegerakan kerana perkhidmatan bot pelancongan ini berpotensi merancakkan pelancongan air di Santubong melalui pakej berasaskan alam semula jadi, budaya dan rekreasi,” katanya.

Ia dijangka dapat meningkatkan keupayaan pengendalian pelawat, memperkukuh keselamatan pergerakan bot, serta menggalakkan lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman pelancongan sungai dan pesisir pantai yang ditawarkan di kawasan Santubong.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Menurut Ketua Projek Bot Pelancong Demak Baru Othman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Abu, antara perkhidmatan bot pelancongan dan rekreasi yang ditawarkan termasuklah lawatan menyusuri sungai.

Othman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Abu.

Katanya, pelawat berpeluang menikmati keindahan landskap semula jadi sepanjang tebing sungai Santubong, termasuk hutan paya bakau, habitat burung dan haiwan serta kehidupan nelayan tradisional yang masih terpelihara.

Menyusuri Sungai Santubong sepanjang 23 kilometer bermula dari Pangkalan Bangau Botak sehingga ke muara Santubong bukan sahaja memberi pengalaman yang santai dan mendidik, malah berpotensi menarik minat pelancong yang menghargai ekopelancongan dan fotografi alam.

Ujarnya lagi, bot ini turut digunakan untuk aktiviti island hopping di perairan Santubong yang membolehkan pelancong menerokai pantai terpencil, terumbu karang dan lokasi bersejarah.

Selain digunakan untuk aktiviti pelancongan seperti lawatan menyusuri sungai dan island hopping, penggunaan bot pelancongan ini untuk aktiviti memancing di sepanjang Sungai Santubong turut dioptimumkan.

SUNGAI SANTUBONG masih kaya dengan kepelbagaian spesies ikan yang menjadi idaman setiap pemancing.

Sungai Santubong sememangnya terkenal dengan limpahan sumber ikan air payau dan laut, menjadikannya lokasi yang ideal bagi pemancing rekreasi serta pelancong yang meminati aktiviti memancing sebagai salah satu bentuk riadah luar.

Beberapa pakej bot memancing ditawarkan kepada orang awam, termasuk pelancong domestik dan antarabangsa dengan harga mengikut saiz bot.

Pakej ini merangkumi pelbagai pilihan seperti sewaan bot mengikut jam, sehari penuh atau bermalam di lokasi memancing yang telah dikenal pasti sebagai ‘lubuk ikan’.

Dengan adanya aktiviti memancing yang tersusun melalui pakej bot pelancongan ini, ia secara langsung memperkaya lagi produk pelancongan ekomaritim di kawasan Santubong, di samping mewujudkan peluang ekonomi baharu kepada nelayan dan pengusaha bot tempatan.

TARIK MINAT PELANCONG DAN PEMANCING

Aktiviti ini juga berpotensi untuk menarik minat kumpulan pelancong khususnya seperti kaki pancing, penggemar aktiviti rekreasi air, serta keluarga yang ingin mengisi masa cuti dengan aktiviti santai dan berfaedah di alam semula jadi.

Pangkalan Bangau Botak bersempena spesies burung yang ada di habitat Sungai Santubong.

Secara keseluruhannya, pengenalan bot pelancongan ini akan mempelbagaikan produk pelancongan di kawasan Santubong dan memperkukuh kedudukan kawasan ini sebagai destinasi ekomaritim yang unggul di Sarawak.

Gabungan antara keindahan semula jadi, kepelbagaian budaya, serta sokongan infrastruktur yang semakin baik dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya kepada komuniti nelayan, belia dan usahawan kecil di kawasan sekitar.

Kepada pelancong atau pemancing yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan bot pelancongan dan rekreasi boleh hubungi Cikgu Abu di talian +60 16-876 6007.

BERITA LAIN

FIA puas hati persiapan Sepang

PERSIAPAN menghadapi Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini mendapat penilaian positif daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa

Lewis Hamilton miliki Ferrari F40 idaman

Dunia Automotif LEWIS HAMILTON akhirnya merealisasikan impian yang dipendam sejak zaman kanak-kanak apabila berjaya memiliki sebuah Ferrari F40, kereta ikonik yang disifatkannya sebagai kenderaan idaman

BERITA TERBARU