ARTIKEL

Lewis Hamilton miliki Ferrari F40 idaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dunia Automotif

LEWIS HAMILTON akhirnya merealisasikan impian yang dipendam sejak zaman kanak-kanak apabila berjaya memiliki sebuah Ferrari F40, kereta ikonik yang disifatkannya sebagai kenderaan idaman sejak sekian lama.

Pemandu Formula Satu (F1) pasukan Ferrari itu berkongsi berita berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial sambil menyifatkan pemilikan kereta tersebut sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Menurut Hamilton, minatnya terhadap Ferrari F40 bermula sejak kecil dan hasrat untuk memiliki model legenda itu kekal bersamanya sehingga kini.

“Ini ialah F40 milik saya sendiri.

Ini kereta impian saya dan telah menjadi impian saya sejak sekian lama.

“Ketika kecil, saya bermimpi untuk memilikinya.

Apabila saya menyertai Ferrari tahun lalu, saya memastikan sebuah F40 berada bersama saya pada hari pertama di Maranello.

Begitulah besarnya makna kereta ini kepada saya,” katanya.

Hamilton berkata, Ferrari F40 merupakan karya seni automotif yang amat istimewa dan semakin sukar ditemui.

Justeru, peluang menemukan sebuah unit yang tersimpan di dalam garaj selama lebih tiga dekad menjadi detik yang tidak mahu dilepaskannya.

Menurutnya, kereta tersebut ditemukan dalam keadaan berhabuk selepas tidak digunakan dan tersimpan begitu lama.

“Kereta-kereta ini merupakan karya seni dan sangat jarang ditemui.

Apabila saya menemukan kereta ini dalam keadaan dilitupi habuk selepas tersimpan di dalam sebuah garaj selama lebih 30 tahun, saya tahu saya perlu membawanya pulang,” katanya.

Hamilton kemudian membawa Ferrari F40 tersebut ke Maranello, Itali, sebelum pasukan jurutera dan mekanik Ferrari mengambil masa beberapa minggu untuk menghidupkan semula jentera klasik berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam proses pemulihan kereta tersebut.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam projek ini.

Ini benar-benar impian yang menjadi kenyataan.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak lagi dengan anda semua.

Nantikan,” katanya.

BERITA LAIN

FIA puas hati persiapan Sepang

PERSIAPAN menghadapi Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini mendapat penilaian positif daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa

Usia bukan penghalang

DI SEBALIK kehijauan rimba Borneo yang kaya dengan khazanah alam, terukir sebuah kisah inspirasi yang menggabungkan ketekunan, warisan tradisi dan kecekalan seorang wanita luar biasa.

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha