ARTIKEL

Vesel dan kru ditahan disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di kedudukan kira-kira satu batu nautika barat laut Kuala Kemena, Sabtu lalu.

Bot tunda, enam kru ditahan gagal kemuka dokumen stabiliti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda kerana gagal mengemukakan dokumen stabiliti ketika diperiksa di kedudukan kira-kira satu batu nautika barat laut Kuala Kemena, Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot tunda itu ditahan kira-kira pukul 10.05 pagi menerusi Op Tiris 4.0 dan Op Permai 01/2019.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen stabiliti semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, vesel berkenaan dikendalikan oleh enam kru terdiri daripada tiga warganegara Myanmar termasuk nakhoda, seorang warganegara Malaysia dan dua warganegara India, masing-masing berumur antara 24 hingga 60 tahun.

Menurutnya, kesemua kru terbabit ditahan sebelum diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Vesel dan kru ditahan disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di kedudukan kira-kira satu batu nautika barat laut Kuala Kemena, Sabtu lalu.

Muhammad Suffian berkata, tindakan tegas itu mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang maritim serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur keselamatan ketika beroperasi di laut bagi mengelakkan sebarang risiko serta tindakan undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk tindakan segera.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke