ARTIKEL

BPSS manfaatkan 26,175 pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seramai 26,175 pelajar di seluruh Sarawak akan mendapat manfaat di bawah program Bantuan Pakaian Serakam Sekolah (BPSS) termasuk kasut dan beg sekolah.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata untuk program ini sahaja, kerajaan telah menyumbangkan RM4 Juta setahun dengan kadar bantuan RM200 seorang pelajar.

“Dengan bantuan ini dan lain-lain bantuan, maka tiada alasan daripada ibu bapa untuk tidak menghantar anaknya bersekolah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Baucar BPSS Yayasan Sarawak 2021 di Dewan Kampung Rayang, di sini hari ini.

Hadir sama Residen Bahagian Serian Tuah Suni dan Pegawai Pendidikan Daerah Serian Charlie Unggang.

Dalam pada itu, Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tarat turut mengingatkan ibu bapa supaya memainkan peranan masing-masing seperti memantau anak-anak mereka yang bersekolah.

“Janganlah anak-anak kita diserah bulat-bulat kepada guru untuk mendidik mereka,” katanya.

Sementara, majlis menyaksikan seramai 137 orang pelajar dari 13 buah sekolah di dalam kawasan Tarat menerima  Baucar BPSS Yayasan Sarawak 2021.

Justeru, Sagah berharap agar ibu bapa mendapat manfaat sepenuhnya daripada penggunaan baucar BPSS Yayasan Sarawak itu.

“Ibu bapa perlu memeriksa dahulu pakaian supaya setimpal dengan nilai baucar dan pilih pembekal yang menawarkan kualiti barangan terbaik setimpal dengan nilai RM200 pada baucar tersebut,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha