WALAUPUN sudah lebih sembilan tahun berpisah, pelakon kacak Hollywood, Brad Pitt, dilaporkan masih menyimpan rasa rindu terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie.
Malah, sumber terdekat mendedahkan bahawa bintang fi lem Fight Club itu kini dilanda penyesalan yang mendalam.
Menurut sumber tersebut, rasa bersalah Brad Pitt semakin menebal selepas dokumen perceraian mereka akhirnya dimuktamadkan oleh mahkamah pada Disember tahun lalu.
Pertelingkahan undang-undang yang panjang dan memenatkan antara kedua-dua bintang itu juga memberi kesan besar kepada emosi Brad.
Kes rumah tangga mereka yang pernah menghiasi tajuk utama media masih membayangi hidupnya hingga ke hari ini.
Apa yang lebih menyayat hati, hubungannya bersama anak-anak turut terjejas.
Salah seorang daripada anak mereka dilaporkan menukar nama keluarga, sekali gus menandakan hubungan yang semakin renggang dan dingin.
Untuk makluman, Brad Pitt dan Angelina Jolie berkahwin pada 2014 selepas hampir sedekad bersama.
Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah hanya dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak kandung, iaitu Shiloh serta pasangan kembar, Vivienne dan Knox.
Selain itu, mereka turut mempunyai tiga orang anak angkat yang dibesarkan bersamasama, iaitu Maddox, Pax dan Zahara.



