ARTIKEL

Britain akan bebaskan kapal tangki minyak Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Setiausaha Luar British, Jeremy Hunt berusaha meredakan ketegangan dengan Iran, mengatakan kapal tangki yang ditahan oleh Gibraltar akan dibebaskan jika Teheran memberi jaminan ia tidak menuju ke Syria.

Beliau berkata, beliau telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Iran Mohammad Javad Zarif, yang memberi jaminan kepadanya bahawa Teheran tidak akan meneruskan ketegangan antara negara-negara.

“Saya meyakinkan beliau bahawa kebimbangan kami adalah destinasinya bukan kerana minyak dari kapal Grace One,” katanya berkenaan kapal tangki Iran yang ditahan di luar pantai wilayah Britain Gibraltar pada 4 Julai, kata Hunt di twitter.

Satu kenyataan Iran mengesahkan perbualan tersebut dan berkata Hunt menyebut tentang “hak Iran untuk mengeksport minyak”. Ia menambah bahawa Teheran berharap bahawa penyiasatan di Gibraltar ke atas ka- pal yang dirampas itu akan mem- bawa kepada pembebasan kapal tangki Iran.

Pegawai AS percaya, kapal tangki itu akan menuju ke Syria untuk menghantar minyak, sekaligus melanggar sekatan berasingan Kesatuan Eropah (EU) dan sekatan AS.

Menurut Hunt, Britain akan memudahkan pembebasan kapal itu jika pihaknya menerima jaminan bahawa ia tidak akan pergi ke Syria, berikutan proses yang sewajarnya di mahkamah Gib (Gibraltar).

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Menteri Luar Zarif bahawa Iran mahu menyelesaikan isu dan tidak meneruskan ketegangan terbabit.

Sebelum ini Tehran marah terhadap rampasan itu, dan Britain pada minggu ini berkata kapal tentera Iran cuba menghalang laluan kapal tangki minyak British di Selat Hormuz. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi