ARTIKEL

Hazland menyaksikan pertukaran MoU antara Brooke Holding Sdn Bhd dengan CDSA dan HMT pada APGH 2026.

Brooke Holding meterai dua MoU, teroka peluang sektor tenaga, kejuruteraan, pembangunan infrastruktur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Brooke Holding Sdn Bhd memperluas peranannya dalam menyokong agenda perindustrian dan peralihan tenaga Sarawak apabila memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) strategik melibatkan pembangunan infrastruktur marin, sektor minyak dan gas serta peluang rendah karbon.

Perjanjian yang dimeterai pada 10 Jun lalu itu sempena Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026, di sini melibatkan kerjasama dengan CCCC Dredging Southeast Asia Sdn Bhd (CDSA), Hextar Mitai Sdn Bhd (HMT) serta CNPC Chuanqing Drilling Engineering Company Limited, International Ltd. (CCDC).

Ujar kenyataan, MoU ini adalah untuk meneroka pelbagai peluang dalam sektor tenaga, kejuruteraan dan pembangunan infrastruktur strategik.

“MOU pertama melibatkan Brooke Holding, CDSA dan HMT yang memberi tumpuan kepada penerokaan peluang dalam kerja pengorekan dan penambakan, pembinaan jeti dan pelabuhan, pengangkutan serta pemasangan luar pesisir.

“Kerjasama itu turut merangkumi penyahtauliahan aset luar pesisir, logistik marin, terminal minyak, ladang tangki simpanan serta kemudahan simpanan petroleum strategik, pembangunan infrastruktur marin lain yang berpotensi menyokong pertumbuhan sektor perindustrian dan tenaga Sarawak pada masa hadapan,” ujar kenyataan.

Jelas kenyataan lagi, MOU kedua antara Brooke Holding dengan CCDC memberi fokus kepada penerokaan dan pembangunan minyak serta gas.

“Perjanjian ini turut merangkumi perkhidmatan medan minyak bersepadu, penyelesaian pembangunan lapangan, perkhidmatan penggerudian dan penyempurnaan telaga, peningkatan pengeluaran serta pembangunan semula lapangan matang.

“Kerjasama tersebut juga melibatkan bidang penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), pengewangan gas, pemeriksaan dan penilaian fasiliti, operasi dan penyelenggaraan serta peluang lain yang berkaitan dengan pembangunan rendah karbon,” tambah kenyataan.

Menurut Brooke Holding, kedua-dua kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus memperkukuh peranannya sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan dan pembinaan berpangkalan di Sarawak yang menyokong agenda pembangunan industri, tenaga dan infrastruktur negeri.

Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama yang dimeterai adalah tepat pada masanya seiring dengan perkembangan pesat Sarawak dalam sektor gas, hidrogen, CCUS, industri rendah karbon, pembangunan infrastruktur pelabuhan dan jaringan perindustrian serantau.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, bersama barisan pengarah Brooke Holding, wakil syarikat yang terlibat serta pihak berkepentingan industri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha