ARTIKEL

Bruit Veteran atasi Belawai menerusi penalti, juarai Piala Sekaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bruit Veteran FC dari Kampung Bruit dinobatkan juara Piala Veteran Tertutup Sekaan FT 2026 selepas menundukkan MVB FC Belawai 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final sengit di Padang MDMD, Matu, Ahad lalu.

Pertembungan itu menyaksikan MVB FC Belawai terlebih dahulu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum Bruit Veteran bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

NAIB JUARA… MVB FC dari Belawai.

Bruit Veteran kemudian mempamerkan ketenangan dalam penentuan tersebut untuk mencatat kemenangan 3-0, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700 berserta piala dan pingat.

MVB FC Belawai pula menerima RM400 serta pingat selaku naib juara, manakala Mix Matu Veteran menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM200 dan pingat.

Pasukan penganjur, Real Sekaan Legend’s.

Kecemerlangan Bruit Veteran turut dilengkapkan dengan anugerah Pemain Terbaik yang menjadi milik Harun Dorasit, sementara Nurul Hikmat Daud daripada MVB FC Belawai menerima pengiktirafan Penjaring Terbanyak.

Pengerusi penganjur, Shairulnizam Wailie berkata, kejohanan itu berjaya menghimpunkan kembali pemain veteran dari kawasan sekitar Mukah, sekali gus menghidupkan nostalgia lama dalam kalangan pemain serta penyokong.

SALING MENCABAR… Pemain pasukan Bruit Veteran (kiri) dan MVB FC pada perlawanan final.

“Kejohanan khusus untuk pemain berusia 45 tahun ke atas ini berjaya mengumpulkan semula pemain hebat sekitar Matu, Daro, Pulau Bruit dan Belawai untuk kembali beraksi di padang.

“Kebanyakan penonton yang hadir juga terdiri daripada golongan veteran.

FINALIS… Merakam gambar kenangan bersama-sama Aini Latif (berdiri, tengah) sebelum sepak mula.

Ini menunjukkan pertandingan seperti ini masih mendapat tempat dalam kalangan peminat bola sepak di Matu,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurutnya, objektif utama pertandingan adalah untuk menggalakkan pemain veteran kekal aktif bersukan, selain memberi peluang kepada mereka bertemu semula rakan lama dan memperkukuh hubungan persaudaraan melalui bola sepak.

BERITA LAIN

Literasi AI, BRICS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Perancangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengintegrasikan literasi kecerdasan buatan (AI) dalam silibus sekolah, penyertaan Malaysia sebagai Negara Rakan BRICS serta status penggubalan Rang Undang-Undang

BERITA TERBARU

Op Tapis Khas: 14 individu ditahan di Kuching

KUCHING: Seramai 14 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari di sekitar daerah ini, dari 25

Polis Mukah tahan tiga lelaki positif dadah

MUKAH: Tiga lelaki tempatan berusia antara 24 hingga 26 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam Operasi Bersepadu pencegahan jenayah yang dijalankan di