ARTIKEL

Polis Mukah tahan tiga lelaki positif dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tiga lelaki tempatan berusia antara 24 hingga 26 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam Operasi Bersepadu pencegahan jenayah yang dijalankan di Kilometer 11, Jalan Mukah-Balingian, berhampiran persimpangan utama Kampung Jebungan, semalam.

Operasi yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Mukah itu turut menyaksikan pemeriksaan terhadap 146 individu dan 133 kenderaan.

Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah giat dijalankan, semalam. | Foto: FB LAMAN RASMI IPD MUKAH

Menurut IPD Mukah, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut berkaitan kesalahan dadah selepas menjalani ujian saringan awal yang didapati positif methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah giat dijalankan, semalam. | Foto: FB LAMAN RASMI IPD MUKAH

Operasi yang berlangsung dari 9 pagi hingga 11.30 pagi itu melibatkan 20 pegawai dan anggota, terdiri daripada 12 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lapan anggota AADK.

Operasi diketuai Inspektor Mohd Rahmat Jalimin bagi pihak IPD Mukah, manakala pasukan AADK Daerah Mukah diketuai ketuanya, Felynora Joseph Na.

Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah giat dijalankan, semalam. | Foto: FB LAMAN RASMI IPD MUKAH

“Daripada 146 individu yang diperiksa, 86 merupakan lelaki dan 58 perempuan, termasuk dua warga asing.

“Pemeriksaan turut melibatkan 11 motosikal, 62 kereta, 18 lori dan 44 kenderaan lain.

“Selain itu, PDRM mengeluarkan 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi berkenaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, operasi berkenaan juga bertujuan mengurangkan kadar jenayah indeks di bawah pentadbiran IPD Mukah menerusi pelaksanaan operasi pencegahan secara berterusan dan bersepadu.

Usaha berkenaan turut memberi tumpuan kepada pencegahan serta pembanterasan jenayah, penyalahgunaan dadah dan kesalahan trafik.

Pemeriksaan juga dilaksanakan bagi mengesan individu serta kenderaan yang mencurigakan, selain mengenal pasti individu yang mempunyai rekod jenayah atau dikehendaki polis.

Secara keseluruhannya, operasi berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Justeru, IPD Mukah akan terus mempergiat operasi pencegahan jenayah secara berkala dengan kerjasama agensi penguat kuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini terus terpelihara.

BERITA LAIN

Literasi AI, BRICS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Perancangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengintegrasikan literasi kecerdasan buatan (AI) dalam silibus sekolah, penyertaan Malaysia sebagai Negara Rakan BRICS serta status penggubalan Rang Undang-Undang

BERITA TERBARU