ARTIKEL

BUAH MANGGA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Suatu ketika. Embun tua turun, menitis renyai membasahi sebahagian
rumput menghijau. Sang katak dan cengkerik bersahutan
bernyanyi-nyanyi persis alunan suara penyanyi duet pasangan penyanyi 60-an
A. Ramlee dan Maria Bacok.

Kita baharu sahaja selesai memberi ceramah kepada peserta “Seminar
Kemasyarakatan”.

Kita dijemput oleh Ketua Fasilitator ke Pejabat Pusat Belia
di Kampung Pueh untuk memberi maklumat serta maklum balas.

Para penceramah seminar menyampaikan pandangan tentang seminar yang dilaksanakan siang tadi.

Ada yang pro dan ada yang kontra tentang keperluan peserta seminar dan masyarakat setempat.

Di penghujung sesi perbincangan itu, Ketua Fasilitator Encik Arif membuat rumusan serta ulasan secara holistik tanpa prejudis.

Dalam kita asyik berbincang, tiba-tiba terdengar sesuatu yang terjatuh di atap zink asrama tempat para penceramah tinggal dalam masa dua hari seminar di pusat tersebut.

Mohamad Kushairi dan isterinya Siti Kusnah mendapati sebiji buah mangga di hadapan pintu bilik tempat mereka berdua menginap malam itu.
Didapati tanda nama pada pintu tersebut retak ditimpa buah mangga.

Tadi sebelum masuk berbincang bersama-sama fasilitator yang lain dan ketua fasilitator seminar, isterinya Siti Kusnah membaca surah Yassin sempena malam Jumaat.
“Ada kaitan dengan malam Jumaat,” suaminya Mohamad Kushairi berseloroh.
“Itu sebabnya buah mangga jatuh hingga menimpa tanda nama pada pintu,” sambungnya sinis.
“Jangan takut, tak ada apa pun. Cuma sebiji mangga,” sambungnya lagi sambil mengusik Siti Khusnah.

Siti Khusnah cemas dan takut, sebab sebelum ini tidak pernah berlaku sedemikian.
“Sudahlah jangan risau dan takut,” Mohamad Kushairi meyakinkan isterinya.

Sudah larut malam, kita pun masuk bilik masing-masing.

Aku dan dua teman iaitu Jamali dan Dr Sophian dalam satu bilik.

Sedang lena tidur dan rakan di bilik lain pun tiada kedengaran lagi, tiba-tiba seorang nenek berpakaian yang agak lusuh berdiri tegak di hadapan tingkap berhampiran tempat aku tidur.

Dia datang memberi sebiji buah mangga kepadaku.

“Tidak nenek, aku tak makan mangga sudah jauh malam begini,” aku enggan menerima pemberian orang tua itu.

Dia paksa aku makan buah mangga tersebut. Aku tidak mahu menerima buah mangga itu, tetapi orang tua itu masih berkeras dan memaksa supaya aku makan buah mangga tersebut.
‘Tidak…tidak…ti…dak…!!” aku meronta-ronta sekuatnya dan tiba-tiba badan aku digoncang oleh rakan sebelah, Dr Sophian.

Aku terjaga dari mimpi yang mengerikan, seorang nenek tua memaksa aku makan buah mangga.
“Awak mengigau,” beritahu Dr Sophian padaku. Aku melihat tingkap tepat berada di bahagian kepala tempat aku tidur.
Rakan di sebelahku dan bilik berhampiran, bingkas dan masing-masing bertanya mengapa aku beteriak tadi.

Aku menceritakan mimpiku tadi kepada rakan-rakan.
“Ini pasti fasal buah mangga,” Mohamad Kushairi berseloroh sambil memecah keheningan malam.

Siti Khusnah pun bersama suaminya ke bilik kami.

“Tapi, kita harus percaya benda ghaib,” Siti Kusnah meyakinan kita yang berada di situ. 

“Makhluk halus dan biasa juga disebut “penunggu” sesuatu
tempat,” sambungnya lagi dengan serius.

Orang tua-tua selalu berpesan, jika tidur jangan sekali-kali kepala kita berhampiran tingkap, itu menyebabkan
kita boleh bermimpi.

Muhamad bin Bohari
Dusun Bayu
Demak Laut Industrian Park,
Jalan Bako, Kuching.

BERITA LAIN

Alam sajak dalam sajak

PENYAIR dan sajak tidak dapat dipisahkan. Penyair umpama seorang ibu yang menghamilkan benih idea dan ilham sebelum melahirkan sesebuah sajak dan mencintainya seperti anak kandungnya

Selamat Hari Pekerja, Kaki dan Tangan

SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Melibatkan diri dengan penulisan cerpen dan seterusnya sajak dan novel. Mula menceburkan diri dalam penulisan di akhbar tempatan pada

Isteri aku, namanya Diam

JONG CHIAN LAI AKU, punyai tujuh perasaan dan satu akal. Kerana tujuh perasaan itu, aku menjadi gadis gelandangan. Yang merayau di tepi jalan beralaskan selipar

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

BERITA TERBARU