CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Buat duit dengan Youtube

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Dr. Mus Chairil

WATAK Upin dan Ipin masih berusia lima tahun walaupun siri kartun popular Malaysia ini sudah diterbitkan 14 tahun lalu. 

Siri kartun ini mula disiarkan oleh TV9 di Malaysia dan MNCTV di Indonesia pada 13 September 2007. 

Kini, populariti kedua-dua watak kartun bukan sahaja di Singapura dan Brunei tetapi di rantau Asia apabila disiarkan melalui saluran Disney Channel Asia. 

Les’ Copaque Production membuat langkah bijak membuka salurannya di Youtube. 

Sejak dimuat naik ke saluran media sosial ini, jumlah keseluruhan penonton videonya telah menjangkau 6.78 ribu juta. 

Ini menjadikan Upin dan Ipin siri kartun paling popular dari Malaysia di Youtube dan perangkaan yang dikeluarkan Statsmash menganggarkan saluran ini bernilai US$18 juta (RM74 juta). 

Nilai ini meletakkan syarikat ini sebagai jutawan Youtube terunggul di Malaysia. 

Menurut Vidooly, sebanyak 14 juta orang melanggan saluran yang mempunyai 1,285 video dimuat naik. 

Kepada pengiklan, perangkaan ini bukan sahaja menakjubkan, malah membantu dan memilih saluran yang bakal digunakan mereka untuk bajet periklanan. 

Kepada golongan muda yang kreatif, perangkaan ini menjadi petunjuk ke arah menjadi jutawan Youtube. 

Dalam era pandemik Covid-19 dan kesukaran mendapat pekerjaan, golongan muda melihat media sosial sebagai saluran untuk membuat duit. 

Malah, ramai bercita-cita menjadi jutawan Youtube seperti yang dilaporkan Alwin Lawrence dalam Suara Sarawak minggu lepas. 

Mari kita analisis saluran Youtube paling top di Malaysia untuk mengetahui program bagaimana yang diminati oleh para penonton negara ini. 

Baca lain  Bersama mengejar impian di Kuching Raya

Di nombor kedua dari segi penonton berdasarkan perangkaan Vidooly ialah Didi & Friends – Lagu Kanak Kanak. Saluran ini bermula di Youtube pada 16 Mei 2014 mencatatkan jumlah keseluruhan penonton videonya sebanyak 3.82 ribu juta. 

Dengan jumlah pelanggan seramai 5.04 juta orang, Statsmash menganggarkan saluran ini bernilai USD13 juta (RM53 juta). 

Saluran ini mencatatkan 9.8 ribu orang pelanggan baharu setiap hari dan ini merupakan pertumbuhan 144 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu. Ini jauh lebih rendah daripada pertumbuhan Les’ Copaque yang mencatatkan 21.6 ribu pelanggan baru sehari dengan 298 peratus kadar  pertumbuhan. 

Saluran Youtube ketiga tertinggi ialah Monsta yang terkenal dengan siri kartun Boboiboy. 

Vidooly melaporkan sejumlah 7.67 juta orang melanggan saluran ini. 

Jumlah langganan ini jauh lebih rendah berbanding Didi & Friends tetapi Monsta mencatatkan jumlah keseluruhan penonton videonya lebih tinggi iaitu sebanyak 2.73 ribu juta. 

Monsta memasuki saluran Youtube pada 21 Mac 2014 dan Statsmash menganggarkan nilai saluran ini sebanyak US$4.3 juta (RM17 juta). 

Di negara ini, video animasi merupakan pilihan penonton dan program sebegini mempunyai jumlah langganan dan penontonan tertinggi. 

Saluran ini membuat duit dengan mendapat bayaran daripada Youtube. 

Mereka yang bercita-cita untuk membuat duit melalui muat naik video Youtube, anda perlu menyertai program keserakanan Youtube (YPP). 

Baca lain  Kabinet Sarawak setuju tubuh Pusat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Program ini menawarkan ruang dan peluang kepada pembuat video membuat duit. 

Syarat terpenting ialah menghasilkan video yang menarik penonton menyaksikannya. 

Untuk meningkatkan jumlah penonton, pembikin video perlu menghasilkannya secara berkala. 

Youtube menetapkan syarat bahawa mereka yang ingin menyertai YPP perlu mempunyai 1,000 orang pelanggan serta 4,000 jam penontonan dalam tempoh setahun. 

Selepas anda melepasi dua ketetapan ini, baharulah Youtube memilih anda untuk menyertai YPP. 

Pembikin video perlu mempunyai akaun dengan Youtube yang didaftarkan dengan Google. 

Buka laman Youtube, klik gambar profil anda dan pilih opsyen Youtube Studio. 

Pada senarai menu di sisi kiri terdapat opsyen “monetization.” 

Untuk membuat duit, anda perlu mempunyai langganan melebihi 1,000 orang dan jumlah jam penontonan melebihi 4,000 dalam tempoh setahun. 

Anda perlu juga mematuhi garis panduan komuniti Youtube. Garis panduan ini menekankan peserta YPP jujur dan beramanah. 

Dengan kata lain, anda tidak boleh terlibat dalam kegiatan negatif seperti spam, berita palsu dan menciplak video orang lain. 

Garis panduan menuntut anda tidak menyiarkan kandungan sensitif seperti yang berunsur seks, bunuh diri dan seumpamanya. Kandungan anda juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur keganasan, siber buli dan seumpamanya. 

Periklanan barangan haram termasuk penjualan senjata api juga tidak dibenarkan. 

Semua peraturan ini perlu dipatuhi oleh ahli YPP. 

Selepas itu anda perlu mempunyai akaun AdSense. 

Baca lain  Beri satu, terima lima lauk

Seperti Youtube, Adsense juga dimiliki oleh Google. Proses mengaktifkan akaun AdSense bermula dengan memberikan butiran perbankan. 

Butiran yang diperlukan ialah jenis akaun, sama ada peribadi atau syarikat, maklumat lengkap akaun simpanan bank dan nombor telefon. 

Nama pemilik akaun mestilah sama dengan nama yang didaftarkan dengan bank. 

Alamat berdaftar dengan AdSense mesti sama dengan alamat surat menyurat yang anda daftarkan dengan bank. 

Anda akan diminta mengesahkan butiran berdasarkan nombor pengenalan peribadi yang bakal dijana oleh AdSense melalui pengesahan telefon. 

Inilah nombor akaun AdSense yang didaftarkan untuk anda. Anda boleh menggunakan nombor telefon peribadi yang sudah disahkan dengan Google. 

Sekiranya tidak didaftar, anda perlu menjalani proses pengesahan nombor telefon. 

Ini untuk memastikan anda pemilik sebenar sesuatu nombor telefon itu. 

Proses pengesahan ini dilakukan sama ada dengan sistem pesanan ringkas ataupun panggilan ke telefon anda. 

AdSense membuat duit dengan menjual waktu iklan semasa program Youtube anda ditonton. 

AdSense membayar 68 peratus daripada pendapatan iklannya kepada penerbit kandungan. 

Ertinya bagi setiap US$100 yang dibuat oleh AdSense, Google membayar anda US$68. 

Secara puratanya, anda akan dibayar US$18 bagi setiap 1000 penonton. 

Untuk membuat duit dengan Youtube, ingat pepatah Melayu bahawa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 

Kepada penonton, sekiranya anda suka saluran Youtube, jangan lupa untuk “subscribe, like and share.”

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bijak hidu peluang

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang

Tunggu Kyiv masuk Nato

PEGAWAI tinggi North Atlantic Treaty Organisaton (Nato) pernah mengatakan: “Bukan

Awasi jerat penipu

SEKITAR awal pagi Selasa lepas, saya menerima panggilan daripada seseorang.

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru