ARTIKEL

Buaya jantan sepanjang 12 kaki yang berjaya ditangkap berhampiran Pantai Teluk Nipah, Buntal, pada 15 Oktober lalu. Foto: Jeferry Siew

Buaya jantan 12 kaki ditangkap berhampiran Pantai Teluk Nipah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seekor buaya jantan sepanjang kira-kira 12 kaki berjaya ditangkap berhampiran Pantai Teluk Nipah, Buntal, pada 15 Oktober lalu susulan laporan orang awam tentang kehadiran reptilia berbahaya itu.

Operasi menangkap buaya berkenaan dijalankan menerusi kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuching, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan pasukan Nemo Hunter.

Kejayaan tangkapan itu turut dikongsikan oleh pemburu buaya berlesen, Jeferry Siew, menerusi laman media sosialnya.

“Syukurlah, seorang lelaki berusia 55 tahun yang melaporkan penemuan buaya itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jeferry turut menyifatkan kejayaan operasi berkenaan menyerlahkan kepentingan kerjasama orang awam dalam memastikan keselamatan komuniti setempat.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berada berhampiran pantai, sungai dan kawasan lain yang berkemungkinan menjadi habitat buaya.

BERITA LAIN

25 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor, mencatat paras

BERITA TERBARU