ARTIKEL

Ahli keluarga menyiram air di pusara pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, selepas jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong, Pengkalan Kubor, awal pagi tadi.

Pegawai AKPS maut di kuarters KLIA, rakan sekerja sifat Allahyarham rajin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUMPAT: Pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Negeri Sembilan, Khamis lepas, digambarkan sebagai pegawai rajin dan komited.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS SAC Datuk Mohd Nasaruddin M. Nasir menyatakan Allahyarham kerap bekerja lebih masa dan menunjukkan prestasi baik sejak menyertai agensi itu pada 1 Julai lepas selepas bertukar daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau yang ditemui pemberita di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Banjir, Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, malam tadi menjelaskan bahawa pihaknya belum menerima sebarang maklumat tentang masalah yang mungkin dihadapi Norhazwani sebelum kejadian seperti dilapor Bernama.

Susulan itu, AKPS Kelantan menyalurkan sumbangan kewangan kutipan warganya untuk meringankan beban keluarga termasuk dua anak Allahyarham, selain meneliti bantuan kebajikan lain khususnya khairat kematian, manakala ibu pejabat AKPS mungkin menyelaraskan bantuan kaunseling.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad menyatakan polis menerima laporan pada 9.30 malam selepas suami mangsa, berusia dalam lingkungan 30-an, menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, dan lelaki itu direman hingga 22 Okt bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

25 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor, mencatat paras

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat

BERITA TERBARU

25 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor, mencatat paras