ARTIKEL

Anggota APM menunjukkan buaya yang berjaya ditangkap di jalan utama Kampung Halud pada Rabu malam. Foto APM Matu

Buaya sesat di atas jalan Kampung Halud, Matu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Seekor buaya sesat di atas jalan utama Kampung Halud menggemparkan penduduk sebelum berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Matu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, kehadiran haiwan itu disedari salah seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada APM, pada 10.17 malam.

Katanya, seramai empat anggota digegaskan ke lokasi kejadian dan operasi menangkap buaya tersebut mengambil masa lebih 20 minit.

“Buaya yang dianggarkan berukuran dua meter ini bertindak agresif menyebabkan operasi menangkapnya agak mencabar.

“Pasukan kami menggunakan peralatan khas dan berjaya menundukkan haiwan tersebut tanpa sebarang kecederaan anggota operasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sebaik sahaja berjaya ditangkap, reptilia itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) untu tindakan lanjut.

Sehubungan itu, APM menasihatkan penduduk agar sentiasa peka akan kehadiran haiwan liar terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Haiwan ini mungkin tersesat apabila paras air sungai meningkat dan mendorongnya keluar ke kawasan penempatan penduduk,” katanya. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha