ARTIKEL

ADUN Tellian, Royston Valentine turun padang mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

BUBUR LAMBUK satukan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TRADISI pengagihan bubur lambuk terus menjadi amalan masyarakat setiap kali menjelang Ramadan sebagai usaha menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan dalam komuniti.

Di Mukah, program pengagihan bubur lambuk mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, khususnya pengguna jalan raya.

Aktiviti tersebut kebiasaannya dilaksanakan secara bergotongroyong dengan pelibatan sukarelawan serta ahli komuniti yang bersama-sama menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Proses penyediaan bubur lambuk bermula seawal pagi dengan penyediaan pelbagai bahan seperti beras, rempahratus, daging serta bahan perasa lain bagi memastikan hidangan yang dihasilkan menepati cita rasa masyarakat.

Sepanjang proses memasak, sukarelawan bekerjasama melaksanakan pelbagai tugasan, termasuk memotong bahan, mengacau bubur serta memastikan masakan disediakan dengan sempurna.

Suasana di lokasi penyediaan bubur lambuk juga meriah apabila sukarelawan saling membantu bagi memastikan proses memasak berjalan lancar.

Setelah siap dimasak, bubur lambuk kemudiannya dibungkus di dalam bekas khas sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Pengagihan bubur lambuk biasanya dilakukan pada waktu petang menjelang waktu berbuka puasa bagi memudahkan orang ramai mendapatkan juadah tersebut.

Sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat menunjukkan tradisi pengagihan bubur lambuk masih mendapat tempat dalam hati masyarakat.

Ramai yang hadir seawal mungkin untuk mendapatkan hidangan tersebut sebagai juadah berbuka puasa bersama-sama keluarga.

ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Bagi pihak penganjur, program tersebut bukan sekadar menyediakan makanan berbuka puasa, tetapi juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Melalui aktiviti seperti ini, masyarakat dapat berkumpul dan berinteraksi dalam suasana yang penuh kemesraan.

Sehubungan itu, amalan bergotong-royong yang diamalkan sepanjang program turut memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Program ini juga memberi peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Pelibatan mereka bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan program, malah menjadi pengalaman bermakna dalam memupuk semangat kesukarelawanan.

Dalam masa yang sama, program pengagihan bubur lambuk turut memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Justeru, tradisi pengagihan bubur lambuk diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Hal ini demikian kerana amalan tersebut bukan sahaja mencerminkan semangat Ramadan, malah memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU