ARTIKEL

BUDAK 46 terbuka jalani rawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ketakutan terhadap prosedur pembedahan menyebabkan personaliti media sosial, Budak 46, menolak cadangan doktor untuk menjalani pembedahan mata ketika berusia 16 tahun.

Namun, selepas lebih sedekad berlalu, Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha Helmi, 30, kini lebih terbuka untuk mendapatkan rawatan.

Malah, beliau bersedia menjalani pemeriksaan sekiranya ada doktor yang sudi membantu menilai keadaan penglihatannya.

Menurutnya, cadangan pembedahan yang diterimanya ketika remaja melibatkan penggantian kanta mata dan memerlukan pembiusan penuh, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap risiko prosedur berkenaan.

“Ketika berusia sekitar 16 tahun, doktor mencadangkan pembedahan untuk menggantikan kanta mata, tetapi saya perlu dibius sepenuhnya.

“Saya takut memikirkan kemungkinan tidak sedarkan diri semula atau meninggal dunia. Sebab itu, saya menolak cadangan tersebut ketika itu.

“Sekarang, memang ada niat untuk mendapatkan rawatan. Kalau ada doktor yang sudi menawarkan diri untuk memeriksa mata saya, saya reda dan akan melakukannya,” katanya menurut laporan media tempatan.

Tambahnya, beliau lebih selesa berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan hidup meskipun ramai yang tampil menghulurkan bantuan selepas mengetahui keadaan kesihatannya.

“Saya menghargai keprihatinan masyarakat yang mengambil berat tentang diri saya.

“Namun, saya berharap orang ramai dapat memahami situasi yang sedang saya lalui tanpa terlalu menumpukan perhatian pada sumbangan kewangan,” jelasnya.

Sebelum ini, kisah kesihatan Budak 46 mendapat perhatian ramai selepas adiknya, yang dikenali sebagai Cuna, berkongsi tentang keadaan abangnya di media sosial.

Perkongsian itu mendedahkan bahawa Budak 46 menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatan merosot secara beransur-ansur.

Keadaan tersebut menjadikan kehidupan beliau perhatian masyarakat, khususnya selepas kisah perjuangannya menghadapi masalah penglihatan mula tersebar luas di media sosial.

BERITA LAIN

Enam wakil Sarawak cemerlang

Enam wakil Sarawak mencuri perhatian dalam pertandingan Mister and Miss Native Borneo (MNB) 2026 apabila berjaya menduduki kedudukan dalam kelompok terbaik, selain meraih beberapa anugerah

BERITA TERBARU

Keselamatan psikologi pacu inovasi

RENTAK Pantas pada 22 September lalu menyingkap isu keselamatan psikologi. Kita menegaskan bahawa keselamatan psikologi merupakan asas yang menyuburkan kreativiti dan inovasi radikal. Dalam persekitaran

Pendidikan kunci ubah nasib keluarga

PENDIDIKAN dan penguasaan kemahiran merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah taraf hidup seseorang, sekali gus membuka peluang kepada generasi muda untuk membina masa depan