ARTIKEL

Lebih 63,000 penonton bertahan dalam hujan, irama Malaysia masih bertenaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lebih 63,000 penonton bertahan dalam hujan sehingga akhir Konsert Tradisional Gema Bumantara anjuran Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, sekali gus menunjukkan irama Malaysia masih memikat khalayak.

Penulis berpandangan kejayaan konsert itu wajar menjadi pemangkin gelombang baharu untuk mengangkat genre tersebut ke arus perdana, bukan sekadar bergantung pada kekuatan jenama Siti Nurhaliza.

Persembahan ratu irama Malaysia Noraniza Idris bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Hati Kama dan Dondang Dendang menjadi antara detik paling bermakna dalam konsert berkenaan.

Selain album Gema Bumantara terbitan Siti Nurhaliza pada 2025, genre itu turut disegarkan oleh Haziq Rosebi, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Aisha Retno, Mimi Fly dan Noraniza menerusi karya baharu masing-masing.

Wani Kayrie pula menembusi pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) dengan lagu Cak Cak Cekuk, manakala Aidilfitri Serumpun dan Jodoh Lebaran meraih perhatian di platform digital.

Penulis berpendapat genre itu perlu diberi ruang berevolusi melalui muzik fusion tanpa kehilangan akar budaya, selain kembali mendapat tempat dalam siaran radio, carta popular dan senarai main penstriman digital seperti dilapor Bernama.

Siti Nurhaliza pernah mencadangkan skim wajib siar atau kuota di radio, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir menyaksikan konsert itu menegaskan kemajuan negara perlu seiring dengan pemeliharaan akar budaya dan jati diri bangsa.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

Taufan tanpa mendarat

TAUFAN tidak semestinya perlu melanda daratan untuk membawa kemusnahan. Di Taiwan, Taufan Champi membuktikan bahawa ribut yang berada di luar pesisir juga mampu mengancam nyawa,

BERITA TERBARU

Empat pasukan mara ke separuh akhir

LUNDU: Empat pasukan handalan, iaitu Kasuka FC, Bajo Mix FC, Sampadi FC dan Fadzio FT, berjaya mara ke peringkat separuh akhir kempen Liga Lundu 2026.