ARTIKEL

KBX raih 6 emas, kuasai kategori terbuka tinju di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kejohanan Tinju Siri (JAB 101 Amatur) 2026 melabuhkan tirai hujung minggu lalu dengan menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan dalam enam kategori yang dipertandingkan.

Kategori terbuka mencuri tumpuan apabila diungguli pasukan KBX yang berjaya meraih 8 pingat keseluruhan, 6 emas dan 2 perak.

Tempat kedua dalam kategori itu dimenangi pasukan 1 DIV dengan memperoleh 6 pingat keseluruhan, 5 emas dan 1 perak.

HEBAT… Barisan petinju JAB.

Pasukan JAB pula berada di kedudukan ketiga dengan 8 pingat keseluruhan, 4 emas dan 4 perak.

Bagi kategori Bawah 21 Tahun, pasukan KBC menduduki tempat pertama dengan 2 pingat emas.

Pasukan FVM berada di tempat kedua dengan 1 emas dan 1 perak, manakala pasukan KBX di kedudukan ketiga dengan 1 pingat emas.

Dalam kategori Bawah 19 Tahun, pasukan KBX menguasai saingan dengan 2 pingat emas.

Dua pesaing terdekat, iaitu BAD dan JAB, masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan 1 pingat emas.

Untuk kategori Bawah 17 Tahun, pasukan JAB mendominasi saingan dengan 8 pingat keseluruhan, 4 emas dan 4 perak.

Pasukan BAD berada di kedudukan kedua dengan 6 pingat keseluruhan, 4 emas dan 2 perak.

Pasukan KBC pula di tempat ketiga dengan 5 pingat keseluruhan, 4 emas dan 1 perak.

Bagi kategori Bawah 15 Tahun, tempat pertama milik JAB dengan 7 pingat keseluruhan, 5 emas dan 2 perak.

Pasukan SBC berada di kedudukan kedua dengan 5 pingat keseluruhan, 3 emas dan 2 perak.

Selain itu, JAB ‘B’ berada di kedudukan ketiga dengan 3 pingat keseluruhan, 2 emas dan 1 perak.

Kategori Bawah 9, 11 dan 13 Tahun turut tidak kurang hebatnya apabila diterajui pasukan JAB dengan 18 pingat keseluruhan, 8 emas dan 10 perak.

Pasukan JAB ‘B’ berada di kedudukan kedua dengan 8 pingat keseluruhan, 6 emas dan 2 perak.

Pasukan FVM berada di kedudukan ketiga dengan 5 pingat keseluruhan, 4 emas dan 1 perak.

Pengerusi Kejohanan, Zurkarnain Majidi berkata, kejohanan yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu itu menyaksikan penampilan 190 petinju secara keseluruhan.

Menurut Zurkarnain, petinju berkenaan mewakili 24 kelab termasuk wakil dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Katanya, kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Tinju Bahagian Sibu dengan sokongan Persekutuan Tinju Malaysia, Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Zurich Malaysia General Insurance.

“Pihak kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan kejohanan berkenaan,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau mengakui, objektif penganjuran kejohanan itu bukan sahaja memberi peluang kepada petinju yang terlibat untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

Pada masa yang sama, katanya, kejohanan itu menjadi landasan terbaik dalam melahirkan petinju baharu yang berbakat.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

Taufan tanpa mendarat

TAUFAN tidak semestinya perlu melanda daratan untuk membawa kemusnahan. Di Taiwan, Taufan Champi membuktikan bahawa ribut yang berada di luar pesisir juga mampu mengancam nyawa,

BERITA TERBARU

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun