ARTIKEL

Empat pasukan mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Empat pasukan handalan, iaitu Kasuka FC, Bajo Mix FC, Sampadi FC dan Fadzio FT, berjaya mara ke peringkat separuh akhir kempen Liga Lundu 2026.

Kejayaan itu diraih selepas masing-masing menumpaskan lawan pada perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung hujung minggu lalu.

Kasuka FC antara yang terdahulu mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik itu selepas mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Seabird FT menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.

MARA KE SEPARUH AKHIR… Kesebelasan utama pasukan Fadzio FT. | Foto: FAIZAL BUJANG

Bajo Mix FC mara selepas menyingkirkan Rambungan FC 2-0.

Sampadi FC turut mara selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Horis FC.

Fadzio FT pula mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Belia Sileng.

Perlawanan peringkat separuh akhir dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini di Kompleks Sukan Lundu.

Pada Sabtu (31 Oktober), Kasuka FC menentang Bajo Mix FC, manakala Sampadi FC berdepan Fadzio FT pada Ahad (1 November).

Pertembungan empat pasukan terbaik hujung minggu ini dijangka penuh dramatik.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan turun dengan satu misi iaitu memburu kemenangan untuk mara ke final yang dijadual berlangsung pada 8 November depan.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

Taufan tanpa mendarat

TAUFAN tidak semestinya perlu melanda daratan untuk membawa kemusnahan. Di Taiwan, Taufan Champi membuktikan bahawa ribut yang berada di luar pesisir juga mampu mengancam nyawa,

BERITA TERBARU