ARTIKEL

Budak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.

“Lelaki itu menanyakan nama dan alamat rumah mangsa sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri ke kawasan sekolah berdekatan.

“Mangsa telah memberitahu kejadian tersebut kepada pengadu iaitu seorang perempuan tempatan dan kelmarin, pengadu telah terima satu video dan gambar daripada ibu kenalan mangsa yang menunjukkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata video itu tular di laman Facebook dengan memaparkan gambar dan kenyataan yang mendakwa mangsa cuba diculik namun siasatan awal mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Wan Azlan berkata berkata polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dalam memuat naik sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga,” katanya.

Beliau juga berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan mereka boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Shabilah Zulkifle@Awang di talian 010-266 7017 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha