ARTIKEL

Freepik

Budak tinggi gula dalam darah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes.

Lebih-lebih lagi apabila anak disahkan menghidap diabetes, ibu bapa pasti akan rasa sedih, keliru dan tertanya-tanya bagaimana anaknya boleh menghidap penyakit itu.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan seorang kanakkanak perempuan, Innara Raissa Hennefar dilahirkan sihat, aktif dan periang namun didiagnosis diabetis jenis satu seawal usia dua tahun, April tahun lalu.

Sejak itu rutin harian kanakkanak berusia tiga tahun yang menetap di Pekan Kuah, di sini, berubah sepenuhnya apabila terpaksa mengambil suntikan insulin empat kali sehari.

Bayi dan kanak-kanak kebiasaannya akan tidur dan minum dengan banyak.

Namun, sekiranya anak anda tiba-tiba lebih mengantuk atau dahaga daripada biasa, ini boleh menjadi simptom diabetes mellitus jenis 1.

Apa itu diabetes mellitus jenis 1?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diabetes terbahagi kepada dua jenis utama iaitu Jenis 1 : Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus bergantung pada Insulin dan Jenis 2 :Diabetes atau NonInsulin Dependent Diabetes Mellitus tidak bergantung pada insulin.

Diabetes mellitus jenis 1 kebiasaannya berlaku pada kanakkanak dan remaja manakala diabetes mellitus jenis 2 selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Baca lain  Bina karakter, bentuk disiplin

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Menurut Perunding Endokrinologi Pediatrik di IMU Healthcare dan Pensyarah Kanan Pediatrik di Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Meenal Mavinkurve, melitus diabetes jenis melitus diabetes paling biasa dalam kalangan kanak-kanak adalah Jenis 1.

Gejala biasa adalah seperti sering dahaga, berat badan menurun dan merasa letih, katanya.

“Selain itu, sering rasa mahu kencing dan terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil atau kencing di atas tilam pada waktu malam adalah gejala penting yang perlu diberi perhatian pada kanak-kanak kerana ia mungkin tanda-tanda diagnosis diabetes.

“Sekiranya anda mendapati adanya gejala dan tanda-tanda itu, segeralah berjumpa doktor. Ibu bapa perlu bertanya kemungkinan adanya diabetes dan sama ada ujian glukosa dan keton perlu dilakukan,” nasihat Dr Meenal.

Sementara Pakar Pediatrik dan Pediatrik Endokrinologi di Pusat Perubatan Sunway, Dr Ch’ng Tong Wooi berkata, tanggapan umum bahawa diabetes jenis 1 berpunca daripada makan gula berlebihan adalah tidak benar.

Menurutnya, bagi kebanyakan penghidapnya, diabetes jenis 1 adalah disebabkan penyakit autoimun di mana pankreas berhenti menghasilkan insulin sama ada secara sebahagian atau keseluruhannya.

Baca lain  Stok beras setahun terjejas

“Sementara itu, diabetes jenis 2 sering dikaitkan dengan obesiti dan banyak berlaku terhadap golongan dewasa.

“Walaupun berbeza, perlu diingatkan bahawa keduaduanya adalah serius kerana setiap satu boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lebih serius seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, kehilangan penglihatan dan masalah luka lambat sembuh,” katanya.

Menurut Dr Meenal Mavinkurve, pada 2019, Atlas Persekutuan Diabetes Antarabangsa melaporkan 977 kes diabetes di kalangan kanakkanak berusia di bawah 18 tahun di Malaysia.

Angka tersebut meningkat lebih dua kali ganda bagi kes yang didaftarkan pada tahun 2008 di bawah pendaftaran diabetes dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia, katanya.

“Di Malaysia, purata umur diagnosis adalah antara 7 hingga 8 tahun dan keadaan ini biasa dilihat dalam kumpulan umur remaja.

Disebabkan itu, kesedaran bahawa melitus diabetes adalah penyakit yang boleh dihidapi kanak-kanak adalah langkah awal untuk dapatkan rawatan awal.

“Jika gejala-gejala tersebut tidak dikesan dari awal, ia boleh melarat dan menjadi lebih teruk dengan gejala muntah, kelesuan, sesak nafas dan sakit perut.

“Saya benar-benar mahu pesakit dan ibu bapa memahami yang kanak-kanak penghidap diabetes boleh berjaya malah lebih baik berbanding kanakkanak lain.

Baca lain  Wajar kembalikan hak S’wak

“Tidak dinafikan ia sukar, tetapi sokongan ibu bapa membantu kanak-kanak ini menikmati kemanisan hidup sama seperti rakan sebaya mereka,” ujar Dr Meenal.

Menurut Dr Ch’ng Tong Wooi, selain membesarkan anak-anak, ibu bapa juga perlu membantu mereka mengharungi kehidupan dengan penyakit kronik.

Adakalanya mereka perlu berjaga malam untuk memeriksa paras gula dalam darah anak mereka dan pada siangnya pula risau memikirkan makanan ringan yang anak mereka makan di sekolah, ujarnya.

“Walaupun kini masih tiada cara untuk mencegah diabetes jenis 1, namun terdapat pelbagai kaedah untuk membantu menguruskan gejalanya.

“Pelan penjagaan diabetes kanak-kanak biasanya mempunyai empat bahagian asas.

Pertama, mengambil insulin. Kedua, makan makanan yang sihat dan seimbang.

Ketiga, periksa paras gula dalam darah sekurangkurangnya empat kali sehari.

Akhir sekali, lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.

“Ibu bapa bukan saja bertanggungjawab memastikan anak anda selamat dengan membina rutin baharu yang praktikal, tetapi mereka juga perlu menjadi sistem sokongan yang penting kepada anak,” ulasnya.

Kanak-kanak dengan diabetes jenis 1 mengharapkan sokongan ibu bapa secara fizikal, misalnya membantu mereka memberi suntikan insulin, serta dari segi emosi, seperti bercakap tentang perasaan mereka mengenai penyakit yang baru dialami dan akan berkekalan itu.

BERITA LAIN

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,