ARTIKEL

filter: 189; fileterIntensity: 0.030000; filterMask: 0; captureOrientation: 180; niceRunStatus: 2; hdrForward: 5; shaking: 0.000000; highlight: 1; motionR: 1; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask: 0; brp_del_th: 0.0000,0.0000; brp_del_sen: 0.0000,0.0000; delta:0; bokeh:1; ispap:1; papproctime: 2026:01:10 16:27:45; module: portrait;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 157.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 1;weatherinfo: weather:null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 38;zeissColor: bright;

Bukan sekadar rupa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Alice Ong Hui Ling bukan sekadar nama yang gah di pentas peragaan, malah mencerminkan wajah generasi muda Malaysia yang berani bermimpi besar dan bekerja keras untuk mencapainya.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini tampil sebagai simbol cantik lagi berilmu yang sebenar dengan menggabungkan kecemerlangan akademik, keanggunan, keyakinan serta ketokohan diri.

Kini dalam lingkungan awal usia 20-an, Alice merupakan pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi terkemuka negara yang sinonim dengan kecemerlangan akademik serta persaingan yang mencabar.

Dalam dunia universiti yang menuntut ketahanan mental dan disiplin tinggi, Alice dikenali sebagai individu yang fokus, tersusun dan tidak mudah terganggu oleh tekanan sekeliling.

Beliau menjadikan pendidikan sebagai asas utama dalam membina masa depan yang kukuh dan bermakna. Sejak di bangku sekolah lagi, minat Alice dalam dunia peragaan dan pertandingan ratu cantik mula berputik.

Namun, minat tersebut tidak pernah dilihat sebagai sesuatu yang bersifat luaran semata-mata, sebaliknya sebagai platform pembentukan diri yang menyeluruh.

Bagi Alice, penyertaan dalam pertandingan ratu cantik merupakan medan untuk mempelajari seni komunikasi, kepimpinan, disiplin, serta keberanian untuk menonjolkan identiti diri.

“Bagi saya, pentas ratu cantik bukan hanya tentang rupa paras, tetapi tentang cara seseorang wanita membawa dirinya, menyampaikan pandangan dan memberi inspirasi kepada orang lain,” ujar Alice. Beliau percaya wanita moden harus berani menyeimbangkan minat dan tanggungjawab tanpa perlu memilih salah satu.

Keupayaan Alice mengimbangi dunia akademik yang mencabar dengan komitmen dalam bidang peragaan menjadikan beliau contoh jelas bahawa kejayaan tidak terhad kepada satu dimensi sahaja.

Dalam pengajian undangundang, beliau diasuh untuk berfi kir secara kritis, analitis dan beretika.

Dalam dunia ratu cantik pula, beliau mempelajari ketahanan emosi, keyakinan diri, serta pengurusan tekanan.

Gabungan kedua-dua dunia ini membentuk peribadi Alice yang matang, berprinsip dan berdaya saing.

Beliau juga dikenali sebagai individu yang konsisten dalam usahanya, sentiasa menetapkan sasaran yang jelas serta bekerja keras untuk mencapainya tanpa bergantung pada populariti semata-mata.

Dengan menyifatkan Tahun Kuda sebagai simbol tenaga, ketekunan dan semangat juang yang tidak pernah mengenal erti berhenti, Alice menjadikan simbol tersebut sebagai pegangan hidup. Baginya, kuda melambangkan perjuangan berterusan dan keberanian untuk terus mara walaupun jalan yang ditempuh penuh cabaran.

“Dalam hidup, kita tidak boleh berhenti hanya kerana letih atau gagal sekali. Kuda mengajar saya untuk terus bergerak ke hadapan sehingga mencapai garisan penamat,” katanya sambil menegaskan prinsip inilah yang membantunya kekal bermotivasi dalam akademik dan kehidupan peribadi.

Harapan Alice untuk tahun ini cukup jelas dan realistik, selari dengan keazaman serta perancangan rapi yang telah disusunnya.

Beliau menyasarkan pencapaian akademik cemerlang dengan CGPA 3.7 ke atas, sekali gus melayakkan dirinya tersenarai dalam Senarai Dekan Universiti Malaya, iaitu satu pengiktirafan yang melambangkan dedikasi, usaha berterusan dan kecemerlangan intelektual.

Dalam masa yang sama, Alice tidak mengabaikan peranannya sebagai wakil Sarawak di pentas ratu cantik. Beliau sentiasa membawa imej positif dan nilai profesionalisme dalam setiap penampilan serta komitmen yang dipikul.

Dalam arena ratu cantik, pencapaian Alice sememangnya membanggakan apabila beliau dinobatkan sebagai juara Miss Borneo International 2025, selain memenangi anugerah Busana Kebangsaan Terbaik dan Gaun Malam Terbaik.

Kejayaan ini melengkapkan perjalanan cemerlangnya selepas tersenarai dalam kelompok 10 terbaik (Top 10) Miss Teen International 2023 di peringkat antarabangsa.

Dengan menggayakan cheongsam tajaan Wedding Love Studio, Alice tampil memukau dengan keanggunan yang mencerminkan identiti, budaya, serta keyakinan diri.

“Saya mahu orang melihat wanita dari Sarawak bukan sahaja cantik, tetapi berilmu, berdisiplin dan mampu bersaing di mana-mana pentas,” katanya.

Dengan semangat juang yang tinggi dan visi masa depan yang jelas, Alice Ong Hui Ling terus melangkah sebagai inspirasi kepada generasi muda, sekali gus membawa nama Kuching dan Sarawak ke persada yang lebih tinggi sebagai wanita berilmu yang bersedia mencipta kejayaan berpanjangan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan