ARTIKEL

Sekitar rakaman Abang Johari ketika sidang media sempena lawatan ke Tapak Projek Jalan Pintasan (bypass road) Sarikei, di sini, hari ini.FOTO: UKAS

Bukit Kinyau fokus pembangunan pertanian moden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak memandang serius usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur asas di Sarikei bagi menyokong pembukaan kawasan pertanian baharu, sekali gus memperkukuh ekonomi setempat.

Sekitar rakaman Abang Johari ketika sidang media sempena lawatan ke Tapak Projek Jalan Pintasan (bypass road) Sarikei, di sini, hari ini.FOTO:UKAS

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata usaha itu termasuk menghubungkan bandar Sarikei dengan kawasan pinggirannya yang sedang dibangunkan di sebelah Sungai Baji.

Menurutnya, terdapat juga ‘missing link’ jalan menuju ke kawasan Bukit Kinyau yang perlu dilengkapkan bagi menyokong pembangunan kawasan berkenaan.

“Tadi nampaknya ada missing link jalan ke arah kawasan Bukit Kinyau dan saya telah meminta Jabatan Tanah dan Survei (JTS) membuat unjuran anggaran kos bagi menyambung jalan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke Tapak Projek Jalan Pintasan (bypass road) Sarikei, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, pembangunan jalan turut dirancang di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bagi menghubungkan kawasan pertanian baharu, termasuk Taman Agro yang dibangunkan di Sarikei.

Katanya, peningkatan bekalan air dan tenaga akan dilaksanakan bagi menyokong pembangunan kawasan berkenaan.

“Saya melihat kawasan pertanian ini masih luas untuk dibangunkan, dan antara tanaman yang boleh digalakkan di sini ialah nanas jenis baharu, SG1, yang hanya mengambil masa kira-kira lapan hingga sembilan bulan untuk dituai.”

“Jadi, ini bermaksud kawasan Bukit Kinyau akan terus kita bangunkan mengikut pertanian moden,” katanya.

Sementara itu, Projek Jalan Pintasan Sarikei sepanjang kira-kira 4.95 kilometer kini mencatat kemajuan fizikal 95.94 peratus setakat 25 Julai, berbanding 96.85 peratus yang dirancang.

Selepas semakan semula, projek bernilai kira-kira RM35.5 juta itu dijadualkan siap pada 1 September 2026.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu