ARTIKEL

Buku rujukan berimpak tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tajuk: Sustainable Port Development in Souteast Asia

Penulis: Hanizah Idris, Ruhana Padzil dan Touhida Tasnima

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun Terbit: 2025

Harga: RM40.00

Jumlah Muka Surat: 161

Pengulas: Devonshire Sikem

PELABUHAN merupakan antara infrastruktur terpenting dalam perkembangan tamadun manusia, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah wilayah.

Sejak zaman dahulu lagi, pelabuhan berperanan sebagai titik pertemuan antara laluan perdagangan darat dengan maritim serta membolehkan barangan, manusia, pengetahuan dan kebudayaan bergerak merentasi sempadan.

Di rantau Asia Tenggara, kepentingan pelabuhan dapat ditelusuri sejak kemunculan kerajaan dan pusat perdagangan maritim seperti Srivijaya dan diikuti perkembangan Kesultanan Melaka sebagai entrepot perdagangan yang menghubungkan pedagang dari Timur dan Barat.

Kedudukan strategik Asia Tenggara, khususnya di persimpangan laluan perdagangan antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan menjadikan pelabuhan di rantau ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan kapal tetapi juga sebagai pemangkin kepada pertumbuhan bandar, ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Dalam konteks ASEAN masa kini, peranan pelabuhan semakin penting selaras dengan peningkatan perdagangan antarabangsa, perindustrian dan integrasi ekonomi serantau.

Pelabuhan seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina menjadi sebahagian daripada rangkaian logistik global yang menyokong pergerakan barangan dan rantaian bekalan antarabangsa.

Buku Sustainable Port Development in Southeast Asia tulisan Hanizah Idris, Ruhana Padzil dan Touhida Tasnima merupakan sebuah karya akademik yang sangat signiŽ kan dalam merungkaikan pemodenan sektor maritim di rantau Asia Tenggara.

Dengan berlatarbelakangkan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan cabaran era pasca-COVID-19, buku ini menawarkan panduan kritikal tentang bagaimana pelabuhan dapat diurus secara seimbang antara tuntutan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini membimbing pembaca daripada kerangka teori asas hinggalah kepada strategi pelaksanaan dasar secara berstruktur.

Penulis memulakan perbincangan dengan mendedahkan konsep pembangunan pelabuhan mampan menerusi lensa Triple Bottom Line (Ekonomi, Sosial juga Alam Sekitar) serta hubungannya dengan prinsip Ekonomi Biru dan Hijau.

Hal ini diperkasakan ini dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kesesakan lalu lintas lori di terminal, malah berupaya menurunkan kadar pelepasan karbon dan penggunaan tenaga secara drastik. Menghubungkan wacana akademik pembangunan pelabuhan mampan dengan landskap semasa industri maritim di Sarawak menuntut tumpuan kepada usaha pembaharuan strategik wilayah ini.

Di bawah kerangka Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030, sektor pelabuhan Sarawak sedang mengalami transformasi menyeluruh, terutamanya menerusi penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak sebagai badan pengawal selia tunggal untuk menyelaraskan operasi pelabuhan negeri.

Langkah penstrukturan semula ini disokong oleh pelaksanaan zon bebas di pelabuhan utama seperti Samalaju mencerminkan peralihan praktikal ke arah model ekonomi hijau dan kecekapan logistik global.

Menerusi penerapan prinsip Triple Bottom Line seperti yang ditekankan dalam buku ini, inisiatif tempatan ini memastikan pertumbuhan ekonomi wilayah terus seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar.

Hal ini, sekali gus dapat meletakkan pelabuhan Sarawak di landasan tepat untuk memperkukuh rantaian bekalan serantau di Borneo.

Secara keseluruhannya, buku Sustainable Port Development in Southeast Asia merupakan rujukan yang berimpak tinggi. Buku ini amat sesuai dibaca oleh ahli akademik, penggubal dasar maritim, pengurus pelabuhan serta pelajar dalam bidang logistik dan sains alam sekitar.

Penulis berjaya menyampaikan mesej tegas bahawa masa depan industri maritim tidak lagi diukur menerusi kecekapan kendalian kargo semata-mata, sebaliknya menerusi keupayaan pelabuhan untuk beroperasi secara beretika, lestari dan berdaya tahan demi kesejahteraan generasi akan datang. ini dapat dimanfaatkan bukan pemeliharaan alam sekitar. membimbing pembaca daripada kerangka teori asas hinggalah kepada strategi pelaksanaan dasar secara berstruktur. memulakan perbincangan dengan mendedahkan konsep pembangunan pelabuhan mampan menerusi lensa Triple Bottom Line Sosial juga Alam Sekitar) serta hubungannya dengan prinsip Ekonomi Biru dan Hijau. diperkasakan lagi dengan penelitian amalan terbaik antarabangsa dari Eropah, Amerika Utara dan Asia PasiŽ k khususnya dalam aspek pendigitalan, automasi pengendalian kargo seperti Automated Guided Vehicles (AGV) serta pelaksanaan tanggung sosial korporat (CSR).

Apabila beralih kepada konteks Asia Tenggara, penulis bersama buku ini secara teliti mengupas cabaran khusus rantau seperti ancaman keselamatan maritim, perubahan iklim, konš ik penggunaan tanah komuniti serta gangguan rantaian bekalan akibat pandemik.

Sebagai pelengkap, karya akademik ini mengutarakan garis panduan serta cadangan dasar yang berpandangan ke hadapan demi menyokong kelestarian pelabuhan di rantau ini.

Satu daripada kekuatan utama penulisan ini ialah cara penulis menghubungkaitkan landskap tempatan dengan inisiatif antarabangsa seperti International Association of Ports and Harbors (IAPH) menerusi World Ports Sustainability Program (WPSP). Program ini menekankan lima tema utama yang merangkumi infrastruktur berdaya tahan, iklim dan tenaga, pendigitalan, keselamatan dan sekuriti, serta integrasi komuniti.

Pembaca diajak melihat bagaimana pelabuhan tidak lagi berfungsi secara terpencil, sebaliknya menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global yang memerlukan kerjasama erat antarabangsa, reformasi dasar serta perkongsian awam-swasta (PPP) yang mantap.

Selain itu, buku ini turut memberikan tumpuan yang terperinci terhadap aspek pendigitalan dan teknologi hijau sebagai pemangkin kelestarian pelabuhan moden. Penulis mengetengahkan contoh-contoh praktikal seperti penggunaan platform perkongsian data maritim SGMaritime Data Hub (SG-MDH) di Singapura dan automasi jentera pemunggahan kargo di Pelabuhan Rotterdam.

Aplikasi teknologi seumpama ni dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kesesakan lalu lintas lori di terminal, malah berupaya menurunkan kadar pelepasan karbon dan penggunaan tenaga secara drastik.

Menghubungkan wacana akademik pembangunan pelabuhan mampan dengan landskap semasa industri maritim di Sarawak menuntut tumpuan kepada usaha pembaharuan strategik wilayah ini.

Di bawah kerangka Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030, sektor pelabuhan Sarawak sedang mengalami transformasi menyeluruh, terutamanya menerusi penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak sebagai badan pengawal selia tunggal untuk menyelaraskan operasi pelabuhan negeri.

Langkah penstrukturan semula ini disokong oleh pelaksanaan zon bebas di pelabuhan utama seperti Samalaju mencerminkan peralihan praktikal ke arah model ekonomi hijau dan kecekapan logistik global.

Menerusi penerapan prinsip Triple Bottom Line seperti yang ditekankan dalam buku ini, inisiatif tempatan ini memastikan pertumbuhan ekonomi wilayah terus seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar.

Hal ini, sekali gus dapat meletakkan pelabuhan Sarawak di landasan tepat untuk memperkukuh rantaian bekalan serantau di Borneo.

Secara keseluruhannya, buku Sustainable Port Development in Southeast Asia merupakan rujukan yang berimpak tinggi.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh ahli akademik, penggubal dasar maritim, pengurus pelabuhan serta pelajar dalam bidang logistik dan sains alam sekitar.

Penulis berjaya menyampaikan mesej tegas bahawa masa depan industri maritim tidak lagi diukur menerusi kecekapan kendalian kargo semata-mata, sebaliknya menerusi keupayaan pelabuhan untuk beroperasi secara beretika, lestari dan berdaya tahan demi kesejahteraan generasi akan datang.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU