ARTIKEL

INFO... Info grafik laluan di bulatan Rembus yang akan ditutup buat sementara waktu

Bulatan Rembus ditutup selama 23 hari mulai esok, laluan alternatif disediakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Laluan pusingan bulatan Rembus akan ditutup bermula esok (23 Mac) hingga 15 April tahun ini.

Sarawak Metro Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan, penutupan selama 23 hari itu bertujuan melaksanakan kerja-kerja penggantian pembetung dan pembinaan laluan Aliran Transit Autonomi (ART).

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan yang disenaraikan.

“Sila patuhi semua langkah-langkah pengurusan trafik, papan tanda amaran dan had laju yang ditetapkan demi keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja pembinaan,” kata kenyataan itu.

ALTERNATIF… info grafik laluan alternatif yang dapat digunakan

Disebabkan laluan bulatan tersebut tidak dapat digunakan, Sarawak Metro mengesahkan laluan alternatifnya adalah dengan menggunakan laluan bulatan Plaie sekiranya kenderaan dari arah Kota Samarahan ke Asajaya.

“Laluan alternatif ada disediakan dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan