ARTIKEL

Bunuh abang kerana kad domino

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Seorang pekerja ladang warga Indonesia berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman pagi semalam selepas dipercayai membunuh abang kandungnya angkara permainan kad domino.

Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Penjara Pusat Sri Aman untuk menjalani tempoh reman sehingga sebutan semula kes pada 5 Mei depan.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli memberitahu, tertuduh dipercayai membunuh abangnya pada 25 Mac di rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit dekat Daerah Pusa.

“Ketika kejadian, pasangan adik-beradik itu berselisih faham sewaktu bermain kad Domino.

Mereka akhirnya bergaduh.

“Kemuncak pergaduhan tersebut menyebabkan tertuduh bertindak mengambil sebilah pisau dan terus menikam abangnya pada bahagian rusuk kiri sehingga mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Betong ASP Marcel Ireneus Mustari.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha