SARIKEI : Bunyi bising kucing mengejutkan penghuni rumah sehingga membawa kepada penemuan seekor ular sawa sepanjang empat meter di Jalan Sentebu di sini, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei Leftenant (PA), Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu pada jam 12.32 tengah malam dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi.
Menurutnya, pasukannya difahamkan, ketika kejadian, penghuni rumah itu sedang berehat sebelum dikejutkan dengan bunyi bising kucingnya ruang dapur.
“Dia kemudiannya pergi ke dapur itu dan terkejut apabila ternampak seekor ular besar di ruangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan itu mendapati ular seberat 50 kilogram itu sedang melingkar di bawah salah satu almari di dapur berkenaan.
“Kita mengambil masa beberapa minit untuk menangkapnya. Sebaik saja berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk,” ularnya.






