ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan sokongan belian telah kembali selepas cuti Tahun Baharu Cina yang panjang, diterajui oleh sektor pembinaan, hartanah dan utiliti.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 14.97 mata kepada 1,527.25 daripada 1,512.28 pada Jumaat.

Indeks barometer dibuka tinggi 0.35 mata kepada 1,512.63 — paras terendah pada sesi tersebut — dan mencecah setinggi 1,527.59. 

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 499 berbanding 317 manakala 363 kaunter tidak berubah, 1,108 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sokongan belian itu berikutan pemangkin dagangan seperti potensi pelaksanaan semula projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan pelaburan pusat data di rantau ini dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, pasaran akan memberi tumpuan kepada pendapatan apabila (saham) pengguna dijangka meningkatkan potensi pendapatan dalam persekitaran normalisasi kos manakala sektor tenaga mungkin meningkat oleh harga minyak mentah Brent yang baik,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 12 sen kepada RM9.38, Public Bank meningkat tiga sen kepada RM4.38, CIMB menambah 10 sen kepada RM6.29 dan Tenaga Nasional menokok 20 sen kepada RM10.98.

Bagi saham aktif, YNH Property menambah 6.5 sen kepada 68 sen, Widad dan Reneuco, masing-masing naik setengah sen kepada 12.5 sen dan enam sen manakala YTL Power merosot tiga sen kepada RM4.02.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 102.99 mata kepada 11,348.01 dan Indeks FBMT 100 meningkat 100.36 mata kepada 11,004.87. 

Indeks FBM ACE merosot 23.20 mata kepada 4,799.01, Indeks FBM Emas Shariah naik 108.0 mata kepada 11,394.18 dan Indeks FBM 70 meningkat 108.86 mata kepada 15,319.19. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 69.39 mata kepada 7,261.55 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 175.65 mata kepada 17,056.62.   

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.73 mata kepada 174.42, Indeks Hartanah menambah 9.35 mata kepada 921.70 dan Indeks Tenaga meningkat 2.28 mata kepada 890.24. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU