ARTIKEL

Buru juara Bertandingan Bercerita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERTANDINGAN Pidato dan Bercerita Anak-Anak Malaysia merebut Piala Ketua Wanita Ikram 2023 Zon Borneo berlangsung 27 Januari hingga 3 Februari lalu.

Pertandingan ini disertai wakil beberapa Sekolah Rendah al-Amin dari seluruh Sarawak termasuk Sekolah Menengah al-Amin Kuching.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Sekolah Rendah Tahap Satu, Sekolah Rendah Tahap Dua dan Kategori Sekolah Menengah.

Pemenang setiap kategori akan melangkah ke peringkat kebangsaan bagi merebut Piala Ketua Wanita Ikram.

Pertandingan Pidato dan Bercerita Anak-Anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram adalah antara aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak 2023 anjuran Wanita Ikram bersama-sama Ikram Musleh sejak November tahun lalu.

Pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja mengekspresi hak serta memastikan mereka dilindungi daripada penderaan, eksploitasi dan pengabaian.

Seterusnya, mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan menarik untuk dinikmati oleh kanakkanak dan remaja dalam suasana pertandingan.

Akhir sekali, mempromosi nilai seperti kerja berpasukan, hormat dan saling membantu.

Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada peserta dari Sekolah Rendah al-Amin Kota Samarahan iaitu Nawal Sufi a Shukri kerana berjaya mewakili zon Borneo ke pusingan akhir bagi pertandingan bercerita yang diadakan pada 24 Februari ini.

Semoga usaha ini menjadi satu wadah buat murid Sekolah al-Amin di Sarawak bagi melakarkan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,